Salam. Kali ini saya nak berkongsi info tentang TV LCD model LA32C350D. TV ni displaynya pecah kerana dibaling dengan objek oleh kanak-kanak.. Memang sebahagian besar kes display pecah ni disebabkan dibaling oleh sesuatu seperti guli, remote, tabung dan lain-lain. Nasihat saya kalau anak-anak main baling-baling, suruhlah dia main kat bilik yang tak ada tv nipis. Satu lagi, jangan biarkan anak-anak bergaduh depan tv, sebab biasanya bila bergaduh ni ia melibatkan aksi baling-membaling objek. Memang kes sebegini mampu menyentap kegembiraan dan mendatangkan marah namun saya harap owner sekalian tenangkan diri dan bersabar.
Ok. Apa boleh buat kalau lcd pecah? Kalau nak beli skrin yang baru kat service center, setakat ni rata-rata harganya adalah seribu ke atas. Tak taulah ini strategi bisnes ataupun memang harga macam tu. Apapun pada harga camtu adalah hampir muktamad memang tak berbaloi nak tukar skrin. Jadinya cara yang paling logik adalah ganti dengan skrin 2nd hand. Tapi nak dapat skrin 2nd hand pulak tak semudah itu juga. Skrin ni bagaikan carburetor kereta, ada banyak jenis. Kalau semua model sama saiz skrinnya sama, senang kerja. Ada yang IPS (In-Plane Switching, VA (Vertical Allignment), TN (Twisted Nematic) dan apa lagi saya pun tak pasti. Jadinya kalau skrin pecah try lah tanya pomen-pomen, kalau ada rezeki kebetulan dia ada simpan skrin yang sama bolehlah ditukar.
Kat sini saya sertakan jenis panel, power supply dan motherboard sebagai rujukan bagi
TV LCD Samsung Model LA32C350D
No comments:
Post a Comment