Thursday 29 May 2014

Membaiki TV JVC model AV A21T3 Problem gambar cerah



Salam..

Kali ni nak kongsi pasal tv yang problemnya macam gambar kat atas tu. Ini adalah salah satu common fault yang biasa terjadi pada tv-tv yang berjenama.

Secara ringkasnnya jika jadi problem macam ni, cek voltage pada supply video amplifier, line yang biasanya supply 180v ke bod crt. Dalam kes ini, bila ukur kat line tu yang ada hanyalah sekitar 60v.

Kebiasaannya puncanya adalah kapasitor filternya dah rosak. Board ni guna kapasitor 4.7uf 250v
Ada tv yang guna 10uf 250v dan sebagainya.


Lokasinya adalah yang berlabel c554.


Ambik kapasitor tu pastu ukur guna meter kapasitor. Pada skala 20uF kelihatan yang terukur hanyalah 0.39uF. Sememangnyalah dah rosak. Gantikan dengan yang baru. Pastu try on tgk cmane


Bila on sekali tengok eh gambar gelap. Bakpe pulak... Rupa-rupanya owner adjust brightness jadi rendah sebab masalah gambar terang tadi kot.. Adjust semula setting brightness..


Alhamdulillah.. Nampaknya gambar kelihatan normal dan masih cantik lagi. Lepas gambar dah ok, kena cek soldering. Alang-alang dah bukak casing eloklah disolder balik mana-mana poin soldering yang agak dah lekang.



Biasanya soldering yang nampak dah bergelang gitu kena solder semula, topupkan timah. Pada pin-pin ic pun eloklah diresolder. 

Ok.. berikutnya kita buat catitan komponen-komponen penting untuk chassis ni sebagai rujukan kita semua di kemudian hari kot-kot diperlukan.
Power regulator: STRG6653
IC Controller: MN1873287JX
IC Jungle: NN5198K
IC Vertikal: AN5539
Transistor Horizontal Output: BU808DFI 
Flyback Transformer: QQH0021-002

Wassalam.

Saturday 17 May 2014

Membaiki TV brand Thomson T29S01B Problem satu garis tegak


Salam..
TV brand Thomson ni jarang orang guna. Kalau tak silap brand ni kira kategori lama jugaklah.



TV ni guna litar sama macam TV AKIRA chassis 5P60.
IC JUNGLE TDA9384
IC POWER 5Q1265RF

Satu line macam ni biasanya problem kat bahagian horizontal yang bertugas tarik gambar ke kiri kanan. So check kat bahagian yang tersebut itu.

Pengecekan kat bahagian tu menemui satu benda yang namanya kapasitor. Nama sebenar aku pun tak pastilah sebenarnya hehe pasal ada yang kata kapasitor epoxy ada yang kata polyimide. Tunjuk gambar jelah ek..

 
Nampak macam ada kesan gelap pada kapasitor tu kan. Tapinya jangan mudah terpedaya dengan paras rupa. Banyak jugak kapasitor kaler lebam camtu tapi sebenarnya ok. So yang membuatkan aku isytiharkan dia rosak ialah sebab nilai mikrofaradnya tak seperti yang terpapar pada bodynya itu.

Kalau tengok pada kapasitor tu ada tulis 304J, 400v. iaitu bersamaan 0.3 mikroFarad.
Tapi yang rosak ni terukur 43 pikoFarad je.


Kedudukan kapasitor itu adalah pada lokasi C310

Setelah ganti..

Gambar dah boleh keluar penuh tapi warna dia macam tak cukup biru je..

Walaupun kastemer takde cite pape pasal warna tak cun, alang-alang dah bukak buatkan jelah terus.
First sekali resolder bahagian video amplifier dan kawasan-kawasan sekitarnya yang terlibat dengan senapang elektron. Dah siap solder try tengok apa jadi..


Alhamdulillah.. kesan yang positif.


Thursday 15 May 2014

Membaiki TV Sony KV-J25MF8S :: No Power


Assalamualaikum

Kali ni mungkin satu cabaran. Tv ni problemnya kastemer kata tak hidup selepas kena air. Atap bocor ke camtulah.


Dua board..


Aik.. ada getah pulak.. Papehal buang getah ni dulu..

Ok, Siasatan awal. Try on, langsung takde power. Pastu ternampak pulak satu modifikasi yang aku tak berapa nak berkenan seperti di bawah. Tak salah, tapi cuma tak berkenan.


Biasanya pomen guna cara camtu untuk naikkan voltage heater. Maknanya sebelum ni samada tv ni ada problem warna tak cantik ataupun gambar agak kelam.

Cek kat SMPS (switching mode power supply) kapasitor utama, 400v simpan cas. Ni kalau lupa nak discas pastu tersentuh memang kebas macam kena penamporla.. Papehal discaskan dulu. Boleh guna mentol ataupun perintang. Aku suka guna mentol pasal nampak menyala, senang.

Suspek utama macam biasa, regulator. tv ni guna STRS6709. Dan setelah diukur ternyata ia dah short. Kerosakan ic regulator itu turut mengorbankan sebiji perintang (resistor) pada lokasi R611 bernilai 0.1ohm. Resistor ini berfungsi sebagai fuse.

Seterusnya.. bila baiki tv yang guna regulator sebegini, kebiasaanya aku tukarkan terus kapasitor-kapasitor kat kawasan primary (hot ground) sebab kapasitor kat kawasan ni cepat lemah, mungkin sebab kerja kuat. Peringatan: kawasan hot ground ni langsung tak boleh disentuh walaupun heatsinknya sebab boleh kena karen. Takleh sentuh masa on la maksudnyakan. Kalau kawasan cold ground boleh dikatakan takde masalah kalau sentuh heatsink. Papepun buat kerja mesti pakai kasut yang sesuai ok.

Kapasitor yang diganti adalah seperti berikut:

C603 330u 16v
C602 10u 100v
C608 470u 16

Okeh. Alhamdulillah. itu saja laporan. Sekian. Terima kasih. Wassalam

Itu