Monday 14 July 2014

Repair tv Sanyo CA21SA1G Kena petir

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan Al Mubarak. Baru-baru ni ada kejadian ribut petir kat Kuantan. Banyak juga terima panggilan tentang perkakas elektrik yang tercedera. Antaranya tv, ekzos fan, water heater, decoder astro, modem dan lain-lain. Sebenornya aku berniat nak start bercuti dah sempena bulan puasa. Memang cita-cita macam tu.. Tapi dengan rasa serba salah terhadap diri sendiri aku terima job lagi.

Cerita bab tv kena kilat.. Biasanya ada dua jalan dia masuk. Satu ikut plug, satu lagi ikut line signal kat belakang seperti antena, hdmi. Yang lebih memudaratkan biasanya yang masuk ikut belakang. Ada jugak kes yang mana tak masuk ikut depan atau belakang. Tapi ,mungkin petir terlalu kuat atau dekat, ada seperti gelombang EMP yang macam tentera guna untuk rosakkan alat elektronik tu. Taktaulah betul ke tidak teori aku ni. Tapi sebaiknya kita cabutlah plug kalau ribut. Pastu cabut sekali sambungan signal kat belakang tv tu. Terutama bagi yang guna antena tinggi atau astro.

Amalan cabut plug walaupun takde ribut bagi aku bagus jugak pasal boleh jimatkan bil elektrik. Perkakas elektrik dalam keadaan standby tetap guna elektrik. Ada istilah untuk keadaan ini, "vampire power" kalau tak silap.

Tv sanyo yang jadi kajian kes kali ni sakitnya macam ni: on ada bunyi frekuensi tinggi. Bermakna bekalan voltan tinggi ada dan arahan untuk tv start ada. Tapi skrin gelap takde gambar. Bunyi high voltage tu pun agak pelik. (macam beza bunyi enjin kereta yang ok  dengan yang tak cukup minyak hitam kot).

Ini bagaikan petanda 'spike kilat/petir masuk ikut belakang. Bukan berita yang menyenangkan perasaan tambahan pula jiwa dah pikir nak cuti.

Langkah yang dilakukan adalah cek voltej-voltej asas yang mesti ada untuk tv beroperasi secara normal. Heater ada menyala. G2 260V. Banyak poin-poin yang terukur normal sehinggalah tiba kepada regulator untuk supply 5v iaitu ic 7805. Kepada pelajar-pelajar politeknik, sukacita dimaklumkan bahawasanya 78xx, 79xx, op amp dan banyak lagi benda-benda basic yang penting ada diajar. Tapi yelah, setiap semester bukan satu subjek je kena study, kadang-kadang kita tak dapat nak relate apa yang kita belajar tu. On the spot rasa terhutang budi dengan pensyarah-pensyarah POLISAS Kuantan.

Berbalik kepada cerita tadi, takde keluaran pada pin output 7805. Cek pin input, ada tak sampai 2v. Sepatutnya pin input kena ada lebih dari 5v. Siasat puncanya. Kat sinilah pentingnya ada skematik diagram. Kerja 10minit boleh jadi berjam kalau nak telusuri litar tanpa skema. Sebelum cari skema, aku cuba cari poin abnormal lain yang lebih mudah nak trace. Alhamdulillah jumpa satu lagi regulator 7805 yang output low. Yang ni menarik sebab cek input dia normal. Makna ada masalah kat jalur output. Follow jalur tersebut.. dan didapati dia pegi kat area controller.. debar dah.. controller memang payah nak cari dan lagi risau sebab controller ni guna ic SMD. Kerisauan berterusan bila dah diisolatekan semua jalur lain, didapati memang controller tu yang rosak.


LC863448


IC ni nak bukak kena guna rework station. Tak berapa strategik untuk guna solder biasa.


Lepas ganti ic, test on Alhamdulillah tv dah nyala ada gambar tapi siaran pulak tak clear.. bersemut-semut. Try tuning, band UHF je yang dapat.. maknanya tv1, tv2, tv3 tak dapat detect.. Nampaknya tuner box pun kemungkinan tercedera..


Ganti tuner box lain.. Test tuning, ok semua chanel dapat.. gambar pun cantik.
Last sekali touchup sikit, resolder mana-mana poin yang nampak dah lekang, sapu habuk pada casing biar peredaran haba panas lancar, pastu testing beberapa jam.



Alhamdulillah, semoga bermanfaat.

Info tambahan: chassis ni guna IC jungle LA76818A

Sunday 6 July 2014

Membaiki TV LCD Samsung LA32R71BA Masalah Warna




Assalamualaikum semua.. perghh.. lamanya rasa tak menulis hehe.. Papepun di kesempatan ini saya ingin ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga kali ini Ramadhan terbaik yang pernah kita lalui.

Bagi simple jelah kot entri kali ni. Iaitu tentang penyakit yang boleh dikatakan common jugak pada tv lcd iaitu gambornya macam yang kat atas tu. Warnanya macam tak berapa nak kena. Macam variasi warna tak cukup ke, atau terlebih terang pada warna-warna tertentu ke..

Untuk kes kali ni aku kurang pulak ambik gambor.. Bulan puasa, buat keje malam, pikir nak siapkan keje je. Lagipun nak ganti spider ic bagi aku adalah satu kerja yang betul-betul mempunyai kerumitan, keseronokan, thrill, cabaran, debaran yang tersendiri. Kadang-kadang nak tergelak tengok tangan terketar-ketar nak solder pin yang halus tu, terlebih kuat sentuhan nanti ic teralih, sentuh perlahan sangat kang timah tak cair. Tapi dua pin je yang agak dramatik tu. bilaa dua pin dah solder, ic dah terpegang kat bod, sempoi sikitlah nak solder pin yang selebihnya.



Ini je satu-satunya gambor susunan bod selepas bukak casing hehe.. Gambar ni pun ambik sebabnya nak rekor kedudukan skru dan palang-palang besi tu sebab untuk kes ni, kena bukak besi-besi tu.. Pastu orang kata " yappedaaa takkan nak pasang balik benda-benda tu pun tak ingat.." Biorler.. kalau ingat memang ok tapi kalau kebetulan terlupa kang buang masa je nak kena mikir. Ok, bod yang bermasalah yg kita nak tuju ni adalah bod yang duduk kat dalam casing kat atas tu. Yang nampak ada wayar keluar tu.

InsyaAllah lain kali aku cuba tunjuk step by steplah, barulah bermakna sikit perkongsiannyakan.

Dalam kes ini, masalah atau puncanya adalah ic timing.


Inilah bod nya setelah dibukak casing. Tak letak pulak pape kat sebelah nak menunjukkan saiznya.. Ha jap aku letak gambar contoh ic yang bermasalah tu.


Secara jujurnya aku seriau jugak tiap kali nak ganti ic ni, solder setiap pinnya iaitu sebanyak 48pin tanpa gunakan kanta adalah hampir mustahil. Malahan, aku kena pakai spek mata macam yang biasanya warga emas buat membaca tu, ditambah dengan kanta yang ada lampu dan ditambah pulak dengan usb mikroskop.

Nak cabut ic ni lebih mudah dari nak pasang.. Sebab bila dah pasang kita kena cek betul-betul setiap pin untuk elakkan shorting dan jugak nak pastikan setiap pin disolder pada bod dengan betul.



Untuk nak cabut ic spider, aku guna setting 350 celcius dan fan speed 1.5 (pada skala 8). Tentang setting ni kena cuba-cuba pada bod terpakai. Yang penting kita taknak bod dan ic jadi terlalu panas atau terlalu panas terlalu lama. Bod boleh jadi kekuningan macam roti yang dibakar atau pun meleding kalau cara dan suhu tak betul. Boleh study kat youtube tapi yang paling penting kena practise banyak kali.


Alhamdulillah gambar dah cantik semula.. rasa macam berserabai sikit entri kali ni hehe.. sorilah ye. Cmanepun terima kasih kerana sudi baca. Semoga ada manfaatnya :)