Monday 24 February 2014

Membaiki TV SHARP 29 inci Model 29L-FG1SM


Salam.. Kali ini terima TV Sharp yang problemnya takde power. Tv nampaknya cuba start tapi ada bunyi 'tik''tik'.. Kebiasaannya bunyi ni menunjukkan jalur B+ ada barang short..
Untuk rekod, komponen-komponen penting dalam chassis model ini adalah seperti berikut:
  • IC Power : STRW6556A
  • IC Jungle : TDA12063H1/N1F00
  • HOT : D2646
  • IC Vertikal : TDA4863AJ
  • IC Video Amplifier : TDA6107AJF/N1
  • FBT : JF0501-38501

Setelah pengecekan dilakukan, didapati bacaan pada jalur B+ adalah tidak normal. Rupa-rupanya transistor horizontal outputnya short.


Ok. Satu yang tak syok bila jumpa transistor ni short ialah dalam kebanyakan kes transistor ni short bersebab. So, kena cek dulu komponen-komponen lain yang berkaitan. Kalau puncanya tak ditangkap sekali, kemungkinan besarlah walau diganti transistor yang baru, transistor tersebut akan meledak semula. Siasat punya siasat dapatlah jumpa suspek utamanya. FBT ( flyback transformer )



Kerosakan FBT ni bolehlah dikatakan kategori dahsyat. Bukan saja kabel anod dah bocor, body fbt tu sendiri berlubang. 

Selepas diganti kedua-dua barang tersebut ok tv boleh nyala, bagaikan normal. tapi warna dan kecerahannya tak berapa cantik. Kemungkinan tiub kacanya kena servis sekali ni. Caranya dengan menggunakan alat seperti di bawah


Dengan menggunakan alat ini, ketiga-tiga senapang elektron iaitu untuk warna merah, hijau dan biru ditembak dengan suatu beza keupayaan yang akan membakar karbon-karbon yang menghalang lalulintas. Problem warna tak cantik ni selalu sangat terjadi kepada tv sony trinitron. Kadang-kadang ada terima panggilan kastemer kata nak topup kaler, kaler dah habis.. So untuk makluman, tv ni tak macam printer, takleh nak topup-topup kaler. Kalau kaler takde atau kaler tak balance makna ada komponen rosak atau salah satu atau ketiga-tiga gun rosak.

Ok. Seterusnya. Dah setel recharge tube, beralih kepada checking soldering dan ganti kapasitor-kapasitor yang agak-agak dah lemah dengan harapan tv akan bertahan lebih lama. Didapati ada 3 bijik kapasitor yang perlu diganti :
  1. C706 : 22uf 50v 
  2. C502 : 100uf 35v
  3. C621 : 47uf 50v
Dah setel resoldering dan ganti komponen rosak bolehlah tv ditest beberapa jam dan disukat suhu komponen nak tengok normal atau terlebih panas.



Sekian untuk kali ini. Semoga bermanfaat :)

Kalau ada tv nak baiki bolehlah kol/ whatsapp saya di 013-9688884. 






Sunday 16 February 2014

Membaiki TV Cina/ China 21inci brand Shinkawa


Salam.. Hari ni InsyaAllah saya nak berkongsi sikit pasal tv shinkawa ni. Adapun tv ini tergolong spesis tv china. Tapi yang ni saya rasa grednya ok sikit. Mungkin batch-batch awal. Nama brand ni pun jarang-jarang jumpa. Sebenarnya tv yang dikategorikan tv china ni yang harganya boleh dikatakan murah banyak berbanding dengan tv branded setahu saya adalah dibuat di dalam negara kita. Papan litarnya diorder dari china manakala casingnya dihasilkan oleh kilang tempatan. CRTnya adalah yang 2nd hand. Bagi saya ini idea yang bagus dan takde masalah. Daripada buang begitu saja CRT/ tabung/ kacanya, adalah lebih baik dikitar semula jadi tv baru dan dijual pada harga yang murah.

Walaupun papan litar ni dari china, tapi teknologinya adalah bagus. Yang kurang bagus mungkin kualiti komponennya.



Okeh berbalik kepada isu asal, tv shinkawa ni. Problemnya ialah tak dapat siaran. Tuning Autosearch dia tak dapat detect apa-apa. Lancar camtu je tak singgah mana-mana channel. Lepas tu pulak OSD (On Screen Display) nya bergetar-getar sampai tak boleh nak baca tulisan menu. Ada pulak lagi, warnanya kejap ok kejap tak ok. Hehe.. bagaikan demam yang disertai batuk, selsema serta pening kepala, kemudian terjatuh pulak sehingga luka lututnya..

Ok, serius. Mula-mula buka casing dulu. Tu dia.. sawang. Ini tandanya tv ni bagus, dah lama berbakti kepada ownernya. Papehal, vakumkan dulu.


Daripada simptom-simptom ni, andaian awal adalah  dua penyebab. Satunya ada kapasitor penapis yang tak bekerja secara sempurna menyebabkan terdapat gangguan pada supply. Keduanya kes warna sekejap ok sekejap tak ok ni kemungkinan besar kerana soldering dah lekang. 



Siasat dan siasat, jumpalah beberapa poin yang soldering dah lekang. Biasanyalah, kalau nampak banyak soldering yang dah lekang di merata-rata tempat, maknanya tv itu selalu ditepuk. Sebab pada peringkat awal, bila gambar ada masalah, owner akan cuba tepuk-tepuk, dan gambar akan elok sementara. Kemudian masalah akan berulang dan owner akan tepuk lagi, dan lama-kelamaan semakin banyak kawasan yang akan tercabut solderingnya. Makanya daripada satu problem dah merebak jadi beberapa problem.

Soldering yang dah lekang (regulator 8V)



Papan litar kalau dah comot macam ni eloklah dicuci dengan thinner dan disolder ulang

Ok. Setel satu bab. Seterusnya mengesan kapasitor yang rosak. Cari, cari, cari, cari, cari dapatlah tangkap 3 bijik kapasitor yang dah tak sihat... 
  •  22uf 250v
  •    22uf 50v
  •  220uf 35v


Setelah selesai resoldering dan gantikan kapasitor-kapasitor yang bermasalah, tibalah masa untuk testing. Sekali ada satu problem sampingan rupa-rupanya.. Microswitch yang guna untuk tukar channel/ volume tak ok pulak dah.. Makna kena tukar dulu. Ok selepas dah ganti bolehlah test..


Berikut adalah serba sedikit info tentang papan litar jenis ini :
  • IC Jungle :: TDA8842
  • Transistor Power :: C4429
  • Transistor Horizontal Output :: D1555
  • IC Controller :: P83C266BDR
  • IC Vertical :: TDA8351
  • FBT :: BSC24-2231HC


Begitulah kisahnya untuk kali ini. Semoga tv itu dapat terus berkhidmat kepada ownernya dan mendatangkan manfaat kepada beliau.




TV LCD Samsung Model LA32C350D


Salam. Kali ini saya nak berkongsi info tentang TV LCD model LA32C350D. TV ni displaynya pecah kerana dibaling dengan objek oleh kanak-kanak.. Memang sebahagian besar kes display pecah ni disebabkan dibaling oleh sesuatu seperti guli, remote, tabung dan lain-lain. Nasihat saya kalau anak-anak main baling-baling, suruhlah dia main kat bilik yang tak ada tv nipis. Satu lagi, jangan biarkan anak-anak bergaduh depan tv, sebab biasanya bila bergaduh ni ia melibatkan aksi baling-membaling objek. Memang kes sebegini mampu menyentap kegembiraan dan mendatangkan marah namun saya harap owner sekalian tenangkan diri dan bersabar.

Ok. Apa boleh buat kalau lcd pecah? Kalau nak beli skrin yang baru kat service center, setakat ni rata-rata harganya adalah seribu ke atas. Tak taulah ini strategi bisnes ataupun memang harga macam tu. Apapun pada harga camtu adalah hampir muktamad memang tak berbaloi nak tukar skrin. Jadinya cara yang paling logik adalah ganti dengan skrin 2nd hand. Tapi nak dapat skrin 2nd hand pulak tak semudah itu juga. Skrin ni bagaikan carburetor kereta, ada banyak jenis. Kalau semua model sama saiz skrinnya sama, senang kerja. Ada yang IPS (In-Plane Switching, VA (Vertical Allignment), TN (Twisted Nematic) dan apa lagi saya pun tak pasti. Jadinya kalau skrin pecah try lah tanya pomen-pomen, kalau ada rezeki kebetulan dia ada simpan skrin yang sama bolehlah ditukar.

Kat sini saya sertakan jenis panel, power supply dan motherboard sebagai rujukan bagi
 TV LCD Samsung Model LA32C350D















Wednesday 12 February 2014

Membaiki mesin basuh LG model WF-T1050


Problem mesin basuh ni ialah  bila on power, selang beberapa saat terus tiba-tiba buzzer berbunyi dan kat display tulis PE. Tak sempat nak buat apa-apa..


PE ni kalau nak diikutkan maknanya ialah Pressure Error. Jadi kemungkinan alat yang dipanggil water pressure control atau ada pomen panggil water level, rosak. Alat ni fungsinya nak sukat paras air dalam mesin basuh. Walaupun kerja hakiki dia ialah sukat paras air, tapinya kalau dia rosak atau separa rosak macam-macam simptom boleh terjadi, Salah sukat air satu hal, ada masanya sampai mesin takleh berfungsi langsung, ada yang kes kejap mesin ok kejap tak ok. Gambarnya kat bawah ni.


Satu lagi kemungkinan terjadi problem PE ini juga ialah kerana door sensor. Mesin mengesan pintunya tak bertutup. Kalau betul pintu tak tutup oklah tapi adakalanya pintu dah tutup pun mesin ni ingat yang pintu belum tutup lagi. Sebabnya ialah magnet yang terdapat pada pintu dah tercabut. Magnet tu memang mudah tercabut terutamanya kalau pintu selalu terhempas.

Walaubagaimanapun bagi kes kali ini, water pressure control tu tak rosak, door sensor pun ada pomen dah bypasskan sebelum ni, punca sebenarnya adalah computer boardnya sendiri yang dah rosak. 


Jadi penyelesaiannya adalah ganti computer board. 

Alhamdulillah..
“Glory be to you, we have no knowledge except what you have taught us. Verily, it is You, the All-Knower, the All-Wise”


Monday 10 February 2014

Kuantan kemarau?

Kuantan dah agak lama tak hujan. Tak pasti berapa lama. Mungkin dah cecah 3 minggu. Kalau ada hujan pun jenis yang sekejap sangat. Rumput-rumput tepi jalan pun dah kuning. Ini mungkin berita baik jugak bagi nelayan yang sebelum ni terpaksa bercuti sebab musim tengkujuh.
Tapi bagi petani pulak yang sebelum ni siram tanaman sehari sekali mungkin terpaksa siram dua kali sehari.

Saturday 8 February 2014

Membeli TV rosak

Di samping perkhidmatan membaiki tv, saya juga sedia membeli tv yang rosak. Ada orang yang dah tak berminat nak membaiki tv kotak sebab nak upgrade tv nipis. Nak buang pun leceh jugak sebab tak boleh nak buang sembarangan. So, siapa-siapa yang nak dispose tv lama bolehlah hubungi saya. Harga-harga adalah seperti berikut:-
Tv crt 14 inci RM 10
Tv crt 21/29 inci RM 15
Tv lcd/led RM 25
Monitor RM 8

Membaiki TV China 29inci


Problem yang biasa terjadi pada tv china. Tak kisah brand apa asalkan tv murah yang namanya pelik-pelik tu kebanyakannya isi dalamnya sama. Masalahnya sekarang ialah gambarnya jadi macam ni, suara normal. Untuk kes ni, jalur litar 200v yang supply ke video amp kat crt board ada masalah. Secara khususnya kapasitor 22uf 250v yang berfungsi sebagai dc filter dah tak bekerja. 

Pada tv yg menggunakan bod jenis lain, biasanya tv branded, kerosakan pada kapasitor ini akan menyebabkan gambar jadi gelap sebelah. Ganti je kapasitor tu InsyaAllah ok. Tapi kerja repair tv bukan setakat tukar kapasitor camtu je. Alang2 dah bukak, segala kapasitor-kapasitor lain yang dah lemah pun akan ditukar sekali. Pastu board akan diresolder semula sebab soldering lama-kelamaan memang akan menjadi lekang, terutamanya pada kaki-kaki ic, transistor dan kawasan-kawasan yang panas. 

 kapasitor 22uf 250v. Kelihatan dah bocor.



circuit board kebanyakan tv china

Itu jelah kisahnya. Wallahualam.


Friday 7 February 2014

Salam Pengenalan





Assalamualaikum.. Saya ada menyediakan perkhidmatan membaiki peralatan elektrik seperti TV dan mesin basuh di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Adalah dalam 10 tahun jugak membaiki tv kat kuantan ni, dari zaman tv crt gemuk tu sampailah sekarang era plasma, lcd dan led. Tapi baru ni berasa nak join blogging hehe.. Kot-kot ada yang berminat bidang yang sama bolehlah berkongsi-kongsi pengalaman..

Stail saya kalau pelanggan mintak tolong repair tv, saya bagi anggaran harga dulu, Kalau setuju boleh teruskan tapi kalau agak2 tak baloi baik beli yang baru. Rata-rata harga repair tv kotak/ crt 14inci hingga 29inci adalah antara RM40 hingga RM100.  Tengok saiz jugak, Lagi kecik lagi murah. 
Puratanya tv 14inci RM 50, 21inci RM65, 29inci RM80.
Ada orang segan-segan nak repair kalau tv "cap ayam" tapi sebenarnya tv camtu pun baloi sangat nak repair kalau kena dengan harga. Daripada buang terus baiklah try cek dulu ye tak..

So kepada yang berada di Kuantan yang berasa nak baiki tv atau nak bertanya pape bolehlah hubungi saya, call /whatsapp
013-968 8884 

Kalau boleh hantar sendiri adalah terbaik :), tapi bagi yang takleh nak hantar, nak mintak tolong ambik pun boleh. Kena cas tambahanlah tapinya hehe.. Lokasi saya di Medan Tok Sira/ Alor Akar. 
Akhir kata terima kasih sebab mengunjungi blog ni, InsyaAllah saya akan cuba gunakan medium ini untuk berkongsi maklumat tentang perkara yang berkaitan dengan repair merepair ni. Wassalam.