Thursday 26 November 2015

Membaiki TV Sony model KV-HF21M50


Salam..

Owner tv ni melaporkan bahawasanya tv sony nya mengeluarkan bunyi letup-letup. Tapi gambar dan sound ok.



Sebelum tu kena bersihkan dulu habuk-habuk dan sawang-sawang ni semua huhu...

Ok berbalik kepada persoalan asal. Ini masalah biasa bagi kebanyakan tv sony iaitu berlaku kebocoran pada body FBT (flyback transformer)





Itulah lubang yang bocor tu. Kalau tengok pada posting sebelum ni tentang FBT ada ditunjukkan video tentang FBT sparking, tapi kes yg ni lagi ganas..

Ok. Lubang ni ada yang boleh ditutup. Ada pomen guna silikon, ada guna gam 2 tan dan berbagai lagi. Tapi kalau nak lebih baik saya rasa tukar baru pun ok, mungkin bergantung juga pada bajet owner dan juga dama ada sparepart masih ada atau tak..

Ok.. selepas ganti FBT yang baru, ada 2 pelarasan yang perlu dibuat iaitu pelarasan pada knob focus dan juga screen@G2.

Untuk kes ini, lepas dah pasang dan laras, didapati gambarnya tak cantik.. warnanya macam 'tak puas' tengok.. ibaratnya macam minum kopi susu tapi susu tak cukup..



Warna putihnya macam tak berapa putih, agak kekuningan.. jadi saya ambik keputusan untuk melakukan sedikit operasi penembakan ke atas 'katod-katod dalam crt/tabung kaca'.

Selepas proses itu nampak ada perbezaan ketara pada paparan layar..



Puas sikit nengok gambarnya..

Ok, pastu bolehlah test dan bungkus balik..

Alhamdulillah, semoga dapat selamatkan sebijik lagi tv dari terbuang begitu saja..

Tuesday 24 November 2015

Kes TV Pensonic 21inci



Salam... tv ni kesnya lepas beberapa minit gambar hilang tinggal suara je..

Ada beberapa kemungkinan. Untuk kes macam ni, mula-mula cek heater tengok menyala ke tak. Yang ni didapati ia tak nyala.

Heater ni guna AC. Tv ni sumber AC heaternya adalah dari fbt. Maka telusuri laluannya, dan siasatlah dimanakah pada laluan itu terdapat masalah. Biasanya akan jumpalah puncanya adakah dari supplynya atau laluan atau heater itu sendiri..

Alhamdulillah, dipermudahkan..

Monday 23 November 2015

Bunyi letup-letup pada tv model lama (CRT) yang disebabkan kebocoran pada flyback



(Video contoh sparking yang berlaku)


Inilah yang bernama flyback.. yang bese pomen sebut jantung dan sebagainya.. Nama sebenar dia ialah Flyback Transformer ataupun Line Output Transformer (LOPT).

Kalau ada dengar bunyi letupan-letupan kecil macam mecun padi biasanya benda ni lah yang bocor. Kadang-kadang bocor pada bodynya, kadang tu pada kabelnya kadang tu pada cap nya.

Tak mustahil untuk menampal kebocorannya tapi saya lebih selesa menggantikan setongkol.


Wednesday 18 November 2015

Membaiki tv lcd samsung model LA40A550P1R





Assalamualaikum..

Tv ni problemnya takde power.. yang bermasalah adalah bod power supply.
Lama dah kot usia tv ni, bod powernya pun dah meleding..


Alhamdulillah prob ni dapat diselesaikan.. Apapun saya cadangkan sebolehnya elakkan tv dari terlampau panas, letak kat tempat yg haba tak terperap, mungkin berhampiran kipas atau tak terlalu rapat kat dinding.. Pastu sekali sekala boleh vakumkan lubang-lubang udara pada casing sebab biasanya lubang ni akan tertutup dengan habuk dan isi dalam tv akan jadi panas.


Friday 6 November 2015

Membaiki TV Samsung Model CS21Z40ML




Salam..

Tv ni problem dia ialah suara ok, tapi gambar takde. Gelap gelita.

Buka casing, cek, didapati flyback ok bekerja.
Heater menyala.
TAPI G2 voltage untuk screen, 0v.. takde. patutnya ada beberapa ratus volt disitu.


haha.. lenkalilah rotate gambor ni

OK. jadi ngape 0V kat situ. Adakah ada short ataupun adakah FBT tak hantar current.

Asingkan wayar G2 daru fbt, on kan, sukat. Tgk ada sekitar 240v. Makna ada short, mungkin pada bod crt atau mungkin pada tabung crt tu sendiri.

Pisahkan bod crt daripada tabung, dan ukur kerintangan segala pin terhadap pin G2. didapati ada short antara G2 dengan pin G1 iaitu pin ground.

Maka diusahakan untuk pisahkan short itu. Saya rasakan bahawa short ini disebabkan kerak-kerak yang telak teroksida di antara dua pin tu. Takpe tak penting, yang penting mereka tak patut short.

So cuba suntikkan voltage tinggi pada pin G2. Tujuannya untuk bakar kerak tu. Tengok keadaan jugak kadang-kadang jadi kadang-kadang tak. Untuk kes ni short tu dapat dipisahkan.

Try on semula, dapat voltage dua ratus lebih pada pin tu tapi gambar still tak muncul. Suara ok. Sukat voltage pada pin RGB ada seratus lebih, Tapi voltage yang statik. Patut voltage dia berubah-rubah mengikut gambar yang dipaparkan kat skrin. Untuk adjust kecerahan dan sebagainya. Ini makna signal drive dari jungle takde. Ini makna memang dia taknak gambar dipaparkan. Kenapa?

Sebabnya ialah.. (kebanyakan teori ni tak sahih, cuma hipotesis sendiri) tv ini ambil sampling ketiga pin-pin warna merah hijau dan biru. Bila dia dapati ada gun warna yang lemah dia akan block dan tunggu sampai bacaan ketiga-tiga gun itu cecah tahap yang ditetapkan.

Ini juga masalah 'kerak'..

Tembak voltage tinggi bagi dia bakar kerak pastu test lagi.. tapi kena hati-hati, ada juga kes yang tabung crt jadi masalah lain bila ditembak.

Biasanya tv yang ada buat benda macam ni adalah tv brand SONY yang ada pin IK dan juga tv-tv lain yang menggunakan ic TDA6107.

Sekian warta perdana. Alhamdulillah. Terima kasih.

TV LED Samsung Model UA40D2030



Assalamualaikum..

Kes yang seterusnya. TV ini problemnya takde power. Bukan setakat senyap sunyi, lampu standby oun tak menyala.. Besenya kalau lampu standby pun tak nyala power board dia bermasalah. Tapi ada jugak beberapa kes mainboardnya yang bermasalah.

Untuk memastikan, kena cek voltage.. 

Pendek cerita lepas cek didapati memang power supply bermasalah.. Maka proses pembaikan pun dilaksanakan...







Alhamdulillah, tv dapat menyala kembali.

Maaflah tak tulis detail, agak kurang kesempatan.

Thursday 5 November 2015

Kipas Bermasalah


Kalau kipas anda bermasalah, sebelum nak ganti kipas tu, cuba gantikan kapasitornya dulu.. kapasitor ni makin lama nilainya makin menurun. So kalau kipas jadi slow, tak bermaya, boleh cuba ganti kapasitor tu. Nak lagi puas hati ukur dulu kapasitor tu guna meter. Untuk kipas siling biasanya 1.5uF.. guna 2.0uF pun takpe. Kalau guna meter boleh nampak jelas nilai uF tu. Kalau dah tinggal 1.0uF dan kebawah tu memang elok sangat diganti. (uF dibaca microfarad 'μF')