Salam..
Tv ni problem dia ialah suara ok, tapi gambar takde. Gelap gelita.
Buka casing, cek, didapati flyback ok bekerja.
Heater menyala.
TAPI G2 voltage untuk screen, 0v.. takde. patutnya ada beberapa ratus volt disitu.
OK. jadi ngape 0V kat situ. Adakah ada short ataupun adakah FBT tak hantar current.
Asingkan wayar G2 daru fbt, on kan, sukat. Tgk ada sekitar 240v. Makna ada short, mungkin pada bod crt atau mungkin pada tabung crt tu sendiri.
Pisahkan bod crt daripada tabung, dan ukur kerintangan segala pin terhadap pin G2. didapati ada short antara G2 dengan pin G1 iaitu pin ground.
Maka diusahakan untuk pisahkan short itu. Saya rasakan bahawa short ini disebabkan kerak-kerak yang telak teroksida di antara dua pin tu. Takpe tak penting, yang penting mereka tak patut short.
So cuba suntikkan voltage tinggi pada pin G2. Tujuannya untuk bakar kerak tu. Tengok keadaan jugak kadang-kadang jadi kadang-kadang tak. Untuk kes ni short tu dapat dipisahkan.
Try on semula, dapat voltage dua ratus lebih pada pin tu tapi gambar still tak muncul. Suara ok. Sukat voltage pada pin RGB ada seratus lebih, Tapi voltage yang statik. Patut voltage dia berubah-rubah mengikut gambar yang dipaparkan kat skrin. Untuk adjust kecerahan dan sebagainya. Ini makna signal drive dari jungle takde. Ini makna memang dia taknak gambar dipaparkan. Kenapa?
Sebabnya ialah.. (kebanyakan teori ni tak sahih, cuma hipotesis sendiri) tv ini ambil sampling ketiga pin-pin warna merah hijau dan biru. Bila dia dapati ada gun warna yang lemah dia akan block dan tunggu sampai bacaan ketiga-tiga gun itu cecah tahap yang ditetapkan.
Ini juga masalah 'kerak'..
Tembak voltage tinggi bagi dia bakar kerak pastu test lagi.. tapi kena hati-hati, ada juga kes yang tabung crt jadi masalah lain bila ditembak.
Biasanya tv yang ada buat benda macam ni adalah tv brand SONY yang ada pin IK dan juga tv-tv lain yang menggunakan ic TDA6107.
Sekian warta perdana. Alhamdulillah. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment