Salam..
Owner tv ni melaporkan bahawasanya tv sony nya mengeluarkan bunyi letup-letup. Tapi gambar dan sound ok.
Sebelum tu kena bersihkan dulu habuk-habuk dan sawang-sawang ni semua huhu...
Ok berbalik kepada persoalan asal. Ini masalah biasa bagi kebanyakan tv sony iaitu berlaku kebocoran pada body FBT (flyback transformer)
Ok. Lubang ni ada yang boleh ditutup. Ada pomen guna silikon, ada guna gam 2 tan dan berbagai lagi. Tapi kalau nak lebih baik saya rasa tukar baru pun ok, mungkin bergantung juga pada bajet owner dan juga dama ada sparepart masih ada atau tak..
Ok.. selepas ganti FBT yang baru, ada 2 pelarasan yang perlu dibuat iaitu pelarasan pada knob focus dan juga screen@G2.
Untuk kes ini, lepas dah pasang dan laras, didapati gambarnya tak cantik.. warnanya macam 'tak puas' tengok.. ibaratnya macam minum kopi susu tapi susu tak cukup..
Selepas proses itu nampak ada perbezaan ketara pada paparan layar..
Puas sikit nengok gambarnya..
Ok, pastu bolehlah test dan bungkus balik..
Alhamdulillah, semoga dapat selamatkan sebijik lagi tv dari terbuang begitu saja..
No comments:
Post a Comment