Sunday, 3 January 2016

TV Plasma Kena kilat/petir Model PA43H4000


Assalamualaikum

Kita selalu dengar kes-kes peralatan elektrik rosak bila kena petir. Kat Kuantan kes-kes begini kerap jugak terjadi. Sebagai langkah berjaga-jaga kebanyakan pengguna mencabut plug, ini satu tindakan yang bagus.

Walaubagaimanapun, untuk TV, cabut plug saja tidak mencukupi. Kebanyakan kes kerosakan berat pada tv yang kena petir ni adalah datangnya melalui pintu belakang, iaitu kabel signal sama ada antena ataupun hdmi dari decoder.

Tidak seperti bahagian power supply, bahagian penerimaan isyarat sama ada dari antena atau dari decoder bekerja pada voltan yang rendah, ada yang sekitar 1.8V. Apatah lagi tv-tv mutaakhir ini yang dah macam motherboard komputer. Litar ini sangat sensitif.

Makanya dinasihatkan agar disamping mencabut plug, cabutlah juga sambungan dari decoder ataupun antena, khususnya antena yang kat atas bumbung.

Ada beberapa kes, bukan setakat ic rosak, malah litar juga turut hangus dan terputus. Sampai tahap ic pecah pun ada. Semoga kita lebih berhati-hati lepas ni.

Satu lagi yang penting adalah kalau kita pergi bercuti atau outstation, elok cabutkan juga segala sambungan tu.


Kesan-kesan kecederaan

Alhamdulillah, untuk kes ini, TV masih dapat diselamatkan..


No comments:

Post a Comment