Friday 1 August 2014

Merungkai Misteri TV LCD/LED skrin pecah...

Salam..

Kerap jugak terima panggilan ngadu skrin pecah. Problem ni tak dapat nak setel kecuali ganti skrin lain. Tapi skrin baru harganya terlalu mahal sampai tahap tak berbaloi untuk ganti.

Sebabnya bukan lapisan yang pecah tu yang dijual tapinya satu set sekali dengan lampu backlight. Memang logik jugak dia jual camtu sebab nak ganti lapisan lcd tu je walaupun boleh dilakukan adalah satu kerjaan yang susah dan berisiko dan banyak makan masa.

Ada kes-kes yang mana skrin nampak jelas retak. Ada kes yang tak nampak retak. Biasanya yang tak nampak tu sebab pecah belah tepi, dalam frame. Pecah tepi ni biasanya sebab jatuh, kanak-kanak baling barang kena kat frame dan sebagainya.

Biasanya bila kata skrin rosak orang tak berapa percaya sebab skrin ada paparan tapi bukan gambar, hanya jalur-jalur atau corak kotak-kotak. Jadi kat sini saya tunjukkan macamana rupa skrin yang pecah tu, yang terlindung di sebalik frame...

Semoga ia tidak lagi menjadi misteri...


Kalau tengok daripada luar, memang tak nampak pecah ni. Kena bukak casing depan. Skrin ni nipis je,.. Ketebalan sekitar 2mm.



Yang jadi problem sekarang ni kat dalam skrin ni ada litar. Bila pecah, litar ni terputus.


Harap-harap lepas ni owner dapat faham dan berhati-hati dengan tv masing-masing. Ikhtiarkanlah supaya kanak-kanak tak main baling-baling berdekatan dengan TV. Kalau tepek kat dinding lagi selamat baik buat. Ada satu kes tu, TV baru beli, tuptup kena lempar dengan remote control kalau tak silap.. habiss.. Bayangkanlah apa perasaan. Apa pun, kalau ditakdirkan jadi kat kita, semoga kita dapat bersabar, jangan lepaskan marah dan frust kat anak-anak secara overdose. TV ada harga.. tp anak-anak, priceless.

Sekian.. Terima kasih..

Eh, jap, di kesempatan ini, saya mohon maaf atas segala salah silap selama ni dan kalau boleh yang akan datang sekali.. SELAMAT HARI RAYA!!!!! :) :) :)

Monday 14 July 2014

Repair tv Sanyo CA21SA1G Kena petir

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan Al Mubarak. Baru-baru ni ada kejadian ribut petir kat Kuantan. Banyak juga terima panggilan tentang perkakas elektrik yang tercedera. Antaranya tv, ekzos fan, water heater, decoder astro, modem dan lain-lain. Sebenornya aku berniat nak start bercuti dah sempena bulan puasa. Memang cita-cita macam tu.. Tapi dengan rasa serba salah terhadap diri sendiri aku terima job lagi.

Cerita bab tv kena kilat.. Biasanya ada dua jalan dia masuk. Satu ikut plug, satu lagi ikut line signal kat belakang seperti antena, hdmi. Yang lebih memudaratkan biasanya yang masuk ikut belakang. Ada jugak kes yang mana tak masuk ikut depan atau belakang. Tapi ,mungkin petir terlalu kuat atau dekat, ada seperti gelombang EMP yang macam tentera guna untuk rosakkan alat elektronik tu. Taktaulah betul ke tidak teori aku ni. Tapi sebaiknya kita cabutlah plug kalau ribut. Pastu cabut sekali sambungan signal kat belakang tv tu. Terutama bagi yang guna antena tinggi atau astro.

Amalan cabut plug walaupun takde ribut bagi aku bagus jugak pasal boleh jimatkan bil elektrik. Perkakas elektrik dalam keadaan standby tetap guna elektrik. Ada istilah untuk keadaan ini, "vampire power" kalau tak silap.

Tv sanyo yang jadi kajian kes kali ni sakitnya macam ni: on ada bunyi frekuensi tinggi. Bermakna bekalan voltan tinggi ada dan arahan untuk tv start ada. Tapi skrin gelap takde gambar. Bunyi high voltage tu pun agak pelik. (macam beza bunyi enjin kereta yang ok  dengan yang tak cukup minyak hitam kot).

Ini bagaikan petanda 'spike kilat/petir masuk ikut belakang. Bukan berita yang menyenangkan perasaan tambahan pula jiwa dah pikir nak cuti.

Langkah yang dilakukan adalah cek voltej-voltej asas yang mesti ada untuk tv beroperasi secara normal. Heater ada menyala. G2 260V. Banyak poin-poin yang terukur normal sehinggalah tiba kepada regulator untuk supply 5v iaitu ic 7805. Kepada pelajar-pelajar politeknik, sukacita dimaklumkan bahawasanya 78xx, 79xx, op amp dan banyak lagi benda-benda basic yang penting ada diajar. Tapi yelah, setiap semester bukan satu subjek je kena study, kadang-kadang kita tak dapat nak relate apa yang kita belajar tu. On the spot rasa terhutang budi dengan pensyarah-pensyarah POLISAS Kuantan.

Berbalik kepada cerita tadi, takde keluaran pada pin output 7805. Cek pin input, ada tak sampai 2v. Sepatutnya pin input kena ada lebih dari 5v. Siasat puncanya. Kat sinilah pentingnya ada skematik diagram. Kerja 10minit boleh jadi berjam kalau nak telusuri litar tanpa skema. Sebelum cari skema, aku cuba cari poin abnormal lain yang lebih mudah nak trace. Alhamdulillah jumpa satu lagi regulator 7805 yang output low. Yang ni menarik sebab cek input dia normal. Makna ada masalah kat jalur output. Follow jalur tersebut.. dan didapati dia pegi kat area controller.. debar dah.. controller memang payah nak cari dan lagi risau sebab controller ni guna ic SMD. Kerisauan berterusan bila dah diisolatekan semua jalur lain, didapati memang controller tu yang rosak.


LC863448


IC ni nak bukak kena guna rework station. Tak berapa strategik untuk guna solder biasa.


Lepas ganti ic, test on Alhamdulillah tv dah nyala ada gambar tapi siaran pulak tak clear.. bersemut-semut. Try tuning, band UHF je yang dapat.. maknanya tv1, tv2, tv3 tak dapat detect.. Nampaknya tuner box pun kemungkinan tercedera..


Ganti tuner box lain.. Test tuning, ok semua chanel dapat.. gambar pun cantik.
Last sekali touchup sikit, resolder mana-mana poin yang nampak dah lekang, sapu habuk pada casing biar peredaran haba panas lancar, pastu testing beberapa jam.



Alhamdulillah, semoga bermanfaat.

Info tambahan: chassis ni guna IC jungle LA76818A

Sunday 6 July 2014

Membaiki TV LCD Samsung LA32R71BA Masalah Warna




Assalamualaikum semua.. perghh.. lamanya rasa tak menulis hehe.. Papepun di kesempatan ini saya ingin ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga kali ini Ramadhan terbaik yang pernah kita lalui.

Bagi simple jelah kot entri kali ni. Iaitu tentang penyakit yang boleh dikatakan common jugak pada tv lcd iaitu gambornya macam yang kat atas tu. Warnanya macam tak berapa nak kena. Macam variasi warna tak cukup ke, atau terlebih terang pada warna-warna tertentu ke..

Untuk kes kali ni aku kurang pulak ambik gambor.. Bulan puasa, buat keje malam, pikir nak siapkan keje je. Lagipun nak ganti spider ic bagi aku adalah satu kerja yang betul-betul mempunyai kerumitan, keseronokan, thrill, cabaran, debaran yang tersendiri. Kadang-kadang nak tergelak tengok tangan terketar-ketar nak solder pin yang halus tu, terlebih kuat sentuhan nanti ic teralih, sentuh perlahan sangat kang timah tak cair. Tapi dua pin je yang agak dramatik tu. bilaa dua pin dah solder, ic dah terpegang kat bod, sempoi sikitlah nak solder pin yang selebihnya.



Ini je satu-satunya gambor susunan bod selepas bukak casing hehe.. Gambar ni pun ambik sebabnya nak rekor kedudukan skru dan palang-palang besi tu sebab untuk kes ni, kena bukak besi-besi tu.. Pastu orang kata " yappedaaa takkan nak pasang balik benda-benda tu pun tak ingat.." Biorler.. kalau ingat memang ok tapi kalau kebetulan terlupa kang buang masa je nak kena mikir. Ok, bod yang bermasalah yg kita nak tuju ni adalah bod yang duduk kat dalam casing kat atas tu. Yang nampak ada wayar keluar tu.

InsyaAllah lain kali aku cuba tunjuk step by steplah, barulah bermakna sikit perkongsiannyakan.

Dalam kes ini, masalah atau puncanya adalah ic timing.


Inilah bod nya setelah dibukak casing. Tak letak pulak pape kat sebelah nak menunjukkan saiznya.. Ha jap aku letak gambar contoh ic yang bermasalah tu.


Secara jujurnya aku seriau jugak tiap kali nak ganti ic ni, solder setiap pinnya iaitu sebanyak 48pin tanpa gunakan kanta adalah hampir mustahil. Malahan, aku kena pakai spek mata macam yang biasanya warga emas buat membaca tu, ditambah dengan kanta yang ada lampu dan ditambah pulak dengan usb mikroskop.

Nak cabut ic ni lebih mudah dari nak pasang.. Sebab bila dah pasang kita kena cek betul-betul setiap pin untuk elakkan shorting dan jugak nak pastikan setiap pin disolder pada bod dengan betul.



Untuk nak cabut ic spider, aku guna setting 350 celcius dan fan speed 1.5 (pada skala 8). Tentang setting ni kena cuba-cuba pada bod terpakai. Yang penting kita taknak bod dan ic jadi terlalu panas atau terlalu panas terlalu lama. Bod boleh jadi kekuningan macam roti yang dibakar atau pun meleding kalau cara dan suhu tak betul. Boleh study kat youtube tapi yang paling penting kena practise banyak kali.


Alhamdulillah gambar dah cantik semula.. rasa macam berserabai sikit entri kali ni hehe.. sorilah ye. Cmanepun terima kasih kerana sudi baca. Semoga ada manfaatnya :)

Thursday 29 May 2014

Membaiki TV JVC model AV A21T3 Problem gambar cerah



Salam..

Kali ni nak kongsi pasal tv yang problemnya macam gambar kat atas tu. Ini adalah salah satu common fault yang biasa terjadi pada tv-tv yang berjenama.

Secara ringkasnnya jika jadi problem macam ni, cek voltage pada supply video amplifier, line yang biasanya supply 180v ke bod crt. Dalam kes ini, bila ukur kat line tu yang ada hanyalah sekitar 60v.

Kebiasaannya puncanya adalah kapasitor filternya dah rosak. Board ni guna kapasitor 4.7uf 250v
Ada tv yang guna 10uf 250v dan sebagainya.


Lokasinya adalah yang berlabel c554.


Ambik kapasitor tu pastu ukur guna meter kapasitor. Pada skala 20uF kelihatan yang terukur hanyalah 0.39uF. Sememangnyalah dah rosak. Gantikan dengan yang baru. Pastu try on tgk cmane


Bila on sekali tengok eh gambar gelap. Bakpe pulak... Rupa-rupanya owner adjust brightness jadi rendah sebab masalah gambar terang tadi kot.. Adjust semula setting brightness..


Alhamdulillah.. Nampaknya gambar kelihatan normal dan masih cantik lagi. Lepas gambar dah ok, kena cek soldering. Alang-alang dah bukak casing eloklah disolder balik mana-mana poin soldering yang agak dah lekang.



Biasanya soldering yang nampak dah bergelang gitu kena solder semula, topupkan timah. Pada pin-pin ic pun eloklah diresolder. 

Ok.. berikutnya kita buat catitan komponen-komponen penting untuk chassis ni sebagai rujukan kita semua di kemudian hari kot-kot diperlukan.
Power regulator: STRG6653
IC Controller: MN1873287JX
IC Jungle: NN5198K
IC Vertikal: AN5539
Transistor Horizontal Output: BU808DFI 
Flyback Transformer: QQH0021-002

Wassalam.

Saturday 17 May 2014

Membaiki TV brand Thomson T29S01B Problem satu garis tegak


Salam..
TV brand Thomson ni jarang orang guna. Kalau tak silap brand ni kira kategori lama jugaklah.



TV ni guna litar sama macam TV AKIRA chassis 5P60.
IC JUNGLE TDA9384
IC POWER 5Q1265RF

Satu line macam ni biasanya problem kat bahagian horizontal yang bertugas tarik gambar ke kiri kanan. So check kat bahagian yang tersebut itu.

Pengecekan kat bahagian tu menemui satu benda yang namanya kapasitor. Nama sebenar aku pun tak pastilah sebenarnya hehe pasal ada yang kata kapasitor epoxy ada yang kata polyimide. Tunjuk gambar jelah ek..

 
Nampak macam ada kesan gelap pada kapasitor tu kan. Tapinya jangan mudah terpedaya dengan paras rupa. Banyak jugak kapasitor kaler lebam camtu tapi sebenarnya ok. So yang membuatkan aku isytiharkan dia rosak ialah sebab nilai mikrofaradnya tak seperti yang terpapar pada bodynya itu.

Kalau tengok pada kapasitor tu ada tulis 304J, 400v. iaitu bersamaan 0.3 mikroFarad.
Tapi yang rosak ni terukur 43 pikoFarad je.


Kedudukan kapasitor itu adalah pada lokasi C310

Setelah ganti..

Gambar dah boleh keluar penuh tapi warna dia macam tak cukup biru je..

Walaupun kastemer takde cite pape pasal warna tak cun, alang-alang dah bukak buatkan jelah terus.
First sekali resolder bahagian video amplifier dan kawasan-kawasan sekitarnya yang terlibat dengan senapang elektron. Dah siap solder try tengok apa jadi..


Alhamdulillah.. kesan yang positif.


Thursday 15 May 2014

Membaiki TV Sony KV-J25MF8S :: No Power


Assalamualaikum

Kali ni mungkin satu cabaran. Tv ni problemnya kastemer kata tak hidup selepas kena air. Atap bocor ke camtulah.


Dua board..


Aik.. ada getah pulak.. Papehal buang getah ni dulu..

Ok, Siasatan awal. Try on, langsung takde power. Pastu ternampak pulak satu modifikasi yang aku tak berapa nak berkenan seperti di bawah. Tak salah, tapi cuma tak berkenan.


Biasanya pomen guna cara camtu untuk naikkan voltage heater. Maknanya sebelum ni samada tv ni ada problem warna tak cantik ataupun gambar agak kelam.

Cek kat SMPS (switching mode power supply) kapasitor utama, 400v simpan cas. Ni kalau lupa nak discas pastu tersentuh memang kebas macam kena penamporla.. Papehal discaskan dulu. Boleh guna mentol ataupun perintang. Aku suka guna mentol pasal nampak menyala, senang.

Suspek utama macam biasa, regulator. tv ni guna STRS6709. Dan setelah diukur ternyata ia dah short. Kerosakan ic regulator itu turut mengorbankan sebiji perintang (resistor) pada lokasi R611 bernilai 0.1ohm. Resistor ini berfungsi sebagai fuse.

Seterusnya.. bila baiki tv yang guna regulator sebegini, kebiasaanya aku tukarkan terus kapasitor-kapasitor kat kawasan primary (hot ground) sebab kapasitor kat kawasan ni cepat lemah, mungkin sebab kerja kuat. Peringatan: kawasan hot ground ni langsung tak boleh disentuh walaupun heatsinknya sebab boleh kena karen. Takleh sentuh masa on la maksudnyakan. Kalau kawasan cold ground boleh dikatakan takde masalah kalau sentuh heatsink. Papepun buat kerja mesti pakai kasut yang sesuai ok.

Kapasitor yang diganti adalah seperti berikut:

C603 330u 16v
C602 10u 100v
C608 470u 16

Okeh. Alhamdulillah. itu saja laporan. Sekian. Terima kasih. Wassalam

Itu

Saturday 26 April 2014

Periuk Nasi Panasonic SRE28A Masalah nasi tak masak



Salam..
Ada member hantar periuk nasi. Katanya nasi tak masak-masak. Maknanya nasi belum masak tapi periuk dah gi kat 'keep warm'. Patutnya dah masak baru gi kat keep warmkan.

Bila dengar masalah camni biasa saya terus suspek thermostat dia bermasalah. Apa itu thermostat?
Bila kita angkat keluar periuk yang kita isi beras tu, kita akan nampak elemen pemanas yang berlubang kat tengah. Kat tengah-tengah lubang tu ada satu benda bulat. Benda tulah thermostat. Thermostat ada beberapa jenis bergantung kepada kegunaan. Kali ni kita cerita tentang thermostat periuk nasi.

Yang bulat kat tengah-tengah tu thermostat

Thermostat


Pada thermostat periuk nasik ni dipasangkan spring. Spring ni nak tekan supaya permukaan peka suhu pada thermostat rapat pada periuk. Bila kita masak nasi, kita tekan butang cooking, dan butang itu akan terlekat di situ dan pemanas akan mula bekerja. Saya tak pasti berapa suhu yang dibekalkan pemanas, tapi oleh kerana ada air dalam periuk maka suhunya takkan melampaui 100 darjah celcius. Pemanas akan terus memanaskan periuk dan lama kelamaan air dalam periuk akan berkurangan kerana bertukar menjadi wap dan juga terserap ke dalam beras. Bila air dah habis, maka suhu periuk tidak lagi tersekat pada 100 darjah celcius. Apabila suhu melangkaui takat didih tersebut, termostat yang telah diset pada suhu tertentu akan mengesan kenaikan tersebut dan menyentat dan memutuskan litar pemanas. Pada ketika ini periuk akan berubah daripada fungsi memasak kepada fungsi memanaskan sahaja.

Ada dua masalah yang boleh terjadi jika termostat rosak. Kalau ia menyentat terlalu cepat maka nasi tak masak-masak, dan kalau terlalu lambat nasik akan hangus terutama pada dasar periuk.

Thermostat yang rosak dan tidak menyentat boleh dikatakan merbahaya kerana suhu akan terus meningkat. Maka sebagai langkah keselamatan, peralatan yang meggunakan pemanas biasanya disertakan dengan Themal Fuse, sejenis fuse yang berfungsi memutuskan litar pada suhu tertentu. Biasanya untuk periuk nasi sekitar 170 darjah celcius. Disebabkan ciri-ciri keselamatan inilah saya sarankan sebaiknya belilah alat letrik yang ada cop SIRIM atau JKE dan jenama yang establish sikit. Biasa diorang utamakan keselamatan dan kualiti.

Thermal fuse
Semoga bermanfaat :)

Wednesday 9 April 2014

Membaiki TV PHILIPS model 21PT2110 Problem gambar kecik


Assalamualaikum

Tv Philips ni problemnya ialah gambar dia gitu gaya. Ok terus kepada siasatan. Bukak casing dulu.


Amboi sawang... Ni makna tv ni dah lama berkhidmat ni hehe.. Pertama sekali kena bersihkan dulu. 


Daripada pengalaman, problem macam ni biasa disebabkan oleh soldering yang dah lekang atau kapasitor yang dah lemah. Kapasitor yang dah lemah boleh menyebabkan voltage atau frekuensi jadi tak betul bergantung kepada fungsi dan peranannya dalam litar. 


Pin-pin ic ni perlu diresolder sebab mudah lekang. Kadang-kadang tv dah test ok tapi bila bawak balik naik kereta, goyang-goyang, soldering tercabut, langsung jadi problem.

Ok lepas dah resoder, cek kapasitor. Dapat jumpa banyak kapasitor bermasalah terutama bahagian vertical dan power supply.


C849 1000uf 16v
C308 1000uf 25v
C302 220uf 35v
C305 22uf 16v
C303 100u 35v
C307 4.7u 50v
C420 10uf 100v
C843 470uf 16v

Dah ganti boleh test.


Okeh. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat.

Saturday 5 April 2014

Membaiki TV SINGER model 922, gambar kabur



Assalamualaikum..

Sebelum ni dah ada posting pasal tv problem macam ni, tapi ni yang contoh ekstrim, langsung tak nampak bayang hehe.. So kisahnya lebih kurang sama, penyelesaian yang sama, cuma tambah gambar-gambar jelah sikit lebih kurang.

Tv model ni betul punya lama dah. Aku rasa lebih kurang 20 tahun. Body pun chipboard. Body chipboard ni pantang betul kena air. Sekali kena air je terus hancur macam tu je. 
Agaknya sebab tulah tv ni diorang pasang kaki.


Bandingkan tv dulu dgn sekarang. Yang dulu berselirat wayar-wayar.. sekarang ni design dah mantap kot, wayar sangat minimum.

CRT board yang mengandungi soket CRT

 Nilah keadaan soket yang dah tak elok

soket CRT

Setelah ditukar soket. Gambar cantik

Alhamdulillah. Semoga bermanfaat.