Friday 5 January 2018

Tv Plasma Samsung PS43F4000AR

Assalamualaikum


Alhamdulillah bersiaran kembali setelah lama hilang dari radar.

Tv nipis ni ada beberapa jenis. Secara umumnya terbahagi 3.
1. Plasma
2. LCD
3. LED

Plasma dalam kategori tersendiri. Skrinnya tidak menggunakan lampu belakang sepertimana LCD dan LED.

Tv LCD agak mirip dengan TV LED. Tapi perbezaan ketara adalah jenis lampu belakang atau backlight yang digunakan untuk menyuluh skrin.

TV LCD disuluh menggunakan lampu CCFL manakala
TV LED disuluh oleh mentol LED.

Kebanyakan tv yang ada dipasaran sekarang adalah dari jenis led. Kelebihan ketara tv led ini adalah penggunaan elektrik yang jimat.

Tv Plasma kebanyakannya melebihi 200 Watt
Tv LCD antara 100 Watt ke 200 Watt
Tv LED kebanyakannya 100 Watt ke bawah
Ini bergantung juga kepada saiz tv. Lebih besar skrin lebih tinggi kuasa yang diperlukan.

Berbalik kepada kes asal.

Tv plasma kali ini aduannya ialah tiada gambar, tetapi lampu standbynya menyala. Owner juga ada mengatakan ada terdengar beberapa kali bunyi letupan semasa kejadian.

Seperti dinyatakan di atas, tv plasma beroperasi dengan watt yang tinggi. Watt tinggi ini sinonim dengan suhu operasi yang tinggi. Tv ini panas.

Biasanya tv plasma ini casing belakangnya dibuat daripada besi. Kemungkinan besar sebagai satu cara untuk membuang haba dengan cara lebih cepat.

Peralatan dan komponen elektronik yang beroperasi pada suhu tinggi lebih cenderung untuk tamat tempoh khidmat lebih awal berbanding dengan yang sebaliknya.

Antara tips yang biasa saya sarankan kepada owner ialah elakkan memaksimumkan kecerahan gambar. Sama ada mengubah secara manual atau menggunakan mode yang sedia ada seperti 'dynamic', 'movie' atau standard, set kan lah pada mode yang sederhana kecerahannya.

Sepertimana kereta, kita harus bersedia, sampai masa akan ada part yang perlu diganti kerana ia melakukan kerja. Penggunaan yang lasak boleh mempercepatkan usia tamat tempoh komponennya.

Kebanyakan masalah pada tv plasma ini berlaku kepada bahagian supply untuk skrin. Tidak perlulah saya menceritakan bagaimana operasinya secara teori yang menyebabkan bahagian ini lebih cenderung untuk rosak kerana saya pun tak berapa tahu dan tidak pula mengkajinya dengan gigih.

Ysus: LJ41-10321A
Mbod: BN94-06230Z
Powerboard: BN44-00597A