Sunday 31 January 2016

Membaiki TV Plasma Samsung Model PS50C451

Salam..

Tv kali ni problemnya ialah takde gambar.
Sebelum-sebelum ni biasanya saya tak terima tv yang besar-besar macam ni sebab agak sukar nak handle, sebab saiznya itu.
Tapi bila dah banyak kali juga orang bertanya dan berharap, saya cubalah juga terima kes-kes yang melibatkan tv yang agak besar dan berat ni.

Buat masa ini saya tak dapat nak mentutorialkan lagi tentang tv stail baru ni masih study lagi. Jadi saya share info-info simple je dulu, Mungkin sampai masanya nanti insyaAllah saya edit balik.

Xmain: LJ41-08457A
Power bod: BN44-00330a
Ybod: LJ41-08458A
Buffer bod: LJ92-01729A (IC AN16389A)






Alhamdulillah... Semoga mendatangkan kebaikan.

أَللّٰهُمَّ أَصْلِحْ لِىْ دِيْنِىَ الَّذِىْ هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِىْ وَ أَصْلِحْ لِىْ دُنْيَاىَ الَّتِىْ فِيْهَا مَعَاشِىْ وَ أَصْلِحْ لِىْ آخِرَتِىَ الَّتِىْ فِيْهَا مَعَادِىْ وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَهً لِّىْ فِىْ كُلِّ خَيْرٍ وَّ اجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِّىْ مِنْ كُلِّ شَرٍّ
O Allah! Rectify for me my Deen which is a means of guarding my matters and my world which is a means of my livelihood, and make good my hereafter in which is my returning, and make my life a means of abundance of all good and my death a means of comfort and peace free from all bad.(Sahih Muslim)

Sunday 3 January 2016

TV Plasma Kena kilat/petir Model PA43H4000


Assalamualaikum

Kita selalu dengar kes-kes peralatan elektrik rosak bila kena petir. Kat Kuantan kes-kes begini kerap jugak terjadi. Sebagai langkah berjaga-jaga kebanyakan pengguna mencabut plug, ini satu tindakan yang bagus.

Walaubagaimanapun, untuk TV, cabut plug saja tidak mencukupi. Kebanyakan kes kerosakan berat pada tv yang kena petir ni adalah datangnya melalui pintu belakang, iaitu kabel signal sama ada antena ataupun hdmi dari decoder.

Tidak seperti bahagian power supply, bahagian penerimaan isyarat sama ada dari antena atau dari decoder bekerja pada voltan yang rendah, ada yang sekitar 1.8V. Apatah lagi tv-tv mutaakhir ini yang dah macam motherboard komputer. Litar ini sangat sensitif.

Makanya dinasihatkan agar disamping mencabut plug, cabutlah juga sambungan dari decoder ataupun antena, khususnya antena yang kat atas bumbung.

Ada beberapa kes, bukan setakat ic rosak, malah litar juga turut hangus dan terputus. Sampai tahap ic pecah pun ada. Semoga kita lebih berhati-hati lepas ni.

Satu lagi yang penting adalah kalau kita pergi bercuti atau outstation, elok cabutkan juga segala sambungan tu.


Kesan-kesan kecederaan

Alhamdulillah, untuk kes ini, TV masih dapat diselamatkan..