Saturday 20 February 2016

TV LCD PHIliPS Model 32PFL3409s/97 :: Problem No Power


Salam


Rasa saya tv ni model agak lama. Problemnya takde power. Lampu merah pun tak menyala. Tapi bila biar lama-lama tiba-tiba dia boleh menyala pulak.

Memang makna kena cek voltage.. Cek voltage untuk supply standby ada tapi bacaan dia tak tetap. Kalau guna osiloskop syok jugak ni boleh tengok betul-betul ripplenya cmane rupa. Tapi tak berapa rajin nak bawak keluar osiloskop, kena pulak masa ni lewat malam hehe.. Sambil buat keje sambil tunggu result Pahang vs TTeam.

Sekali imbas nampak macam problem ni kat power board.. tapi hasil siasatan voltage didapati kemungkinan besar puncanya adalah di mainboard.

Setelah tv berjaya dinyalakan dan ditest didapati warnanya pulak tak bape cantik. Memang owner ada cakap sebelum ni kaler dia mcm pelik sikit. Maka perlu mulakan siasatan untuk kes warna pulak.

Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan, Tapi ada sikit ralat, skrinnya ada sikit tak sempurna.. Maklumlah tv lama.. Papepun bolehlah nak tengok, dan tv dapat digunakan untuk suatu tempoh lagi dan terselamat daripada terbuang begitu saja..






Thursday 18 February 2016

TV Sony Model KLV-37s310A :: Problem skrin cerah putih

Salam

Tv ni bila on mula-mula ada nampak gambar  sikit-sikit, pudar-pudar sebab macam terlebih cerah..
Makin lama makin putih sampai tak nampak gambarnya,







Alhamdulillah.. masalah macam ni InsyaAllah ada harapan untuk dibaiki

TV China 14 inci :: Problem takde gambar hanya line tengah dan bunyi letup-letup


Salam.. bertemu lagi kita pada episod kali ini.
Satu problem klasikal..





Biasanya bila problem gini suaranya ok. Litar suara tak terganggu.
Ada juga tv seperti Philips, Sony, Sharp, yang mana bila terjadi keadaan begini maka tv akan masuk kepada mode protect dan tv akan dioffkan secara otomatik.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan skrin daripada rosak, kesan daripada intensiti pancaran setempat pada jangkamasa yang lama.

Manakala bunyi letup-letup yang berterusan yang owner tv cerita tu biasanya datang dari line output transformer.

Untuk mengesan lokasi punca bunyi boleh on kan tv dan perhatikan kat mana sparking.. tapi kalau secara fizikal dah boleh nampak puncanya lagi senang, terus boleh confirm. Hati-hati.. transformer ini bertugas menghasilkan 15kilovolt ke atas.. Kalau tak tau cara nak discas kena belajar dulu, jangan cuba-cuba.


Macam kes ni terus boleh nampak dah tu ada lubang.

Punca jadi satu line pulak? Kita terus target bahagian yang bertugas untuk mengembangkan gambar secara tegak. Bahagian yang menghasilkan signal gerigi 50 hertz.. Mungkin yoke coil putus, mungkin ic , mungkin supply tak sampai ke bahagian ini jadi takleh bekerja atau apa-apa sahaja komponen pendukung yang lain. Menarik carakerja litar ni, tapi buat masa ni kita tak ceritakan teknikalnya lagi.

Dalam membaiki tv, satu simptom boleh disebabkan berbagai kemungkinan. Tanpa melakukan pemeriksaan kita hanya boleh mengagak bahagian litar yang bermasalah je..

Untuk kes ini didapati ic nya dah rosak. Saya suspek transformer yang bocor tadi telah spark ke arah wayar yoke coil vertikal dan mengakibatkan ic rosak.





Ganti flyback transformer, ganti ic vertical..


OK. Alhamdulillah..

Wednesday 10 February 2016

TV SONY Model KLV32BX32A :: Problem Gambar Tak Jelas Berlapis

Salam..

Problem ni agak kerap terjadi pada tv Sony yang guna panel Samsung dan juga model-model lain yang guna panel yang sama.
Panel di sini maksudnya ialah layar LCD beserta casingnya yang merangkumi polariser, diffuser dan juga lampu belakang (backlight).
Pada awalnya saya tak terima untuk menguruskan kes sebegini, tapi oleh kerana ramai yang minta dan agak sedih dengan keadaan tv-tv yang terbuang begitu sahaja, dengan izin Allah saya cuba setakat yang boleh.
Umum mengetahui kos untuk menggantikan panel adalah mahal, ada yang mencecah 80 peratus harga tv, itu menyebabkan kebanyakan tv terbuang begitu sahaja.
Kadangkala ada masalah panel yang masih boleh diakali dan dimodifikasi walaupun relatifnya ia suatu pekerjaan yang agak sukar juga tapi tidak mustahil.
Daripada tv terbuang begitu sahaja ada baiknya dicuba dahulu, rezeki kita tak tau.
Yang lebih menyedihkan saya, sekiranya ada 'pomen' yang terlalu mudah mengatakan sesuatu kerosakan itu terlalu mahal, tak boleh dibaiki dan sebagainya tanpa pengetahuan yang benar.
Ini adalah satu perkara yang agak tidak baik dan 'penganiayaan' kepada owner tv. Apabila dia percaya bulat-bulat dan membuang tv tersebut tanpa consult pomen-pomen lain.
Sebagai pomen kita tidak seharusnya ego, andaikata sesuatu kerosakan itu kita tak reti nak baiki, elok kita terus terang kata 'saya tak pasti apa rosak cuba try hantar kat lain pulak tengok apa  pendapat diorang'. Bukan apa, tv bukannya murah, banyak duit yang owner tv tu keluarkan untuk beli tv, apatah lagi kalau owner tu tak berpendapatan tinggi.

Berbalik kepada problem yang tengah kita cerita ni, umtuk 'operate' tv ni sememangnyalah berisiko. Kalau pada manusia, boleh jugak kot dimisalkan seperti major operation.. kalau tak sampai ajal lagi, adalah rezki, kalau dah sampai masa, redha jelah. Tak mustahil, bila dah operate, tv langsung kiok. Tapi risikonya agak berbaloi sebab kalau tak pun tv tu memang dah tak dapat nak tonton.. kan...
risiko sebenornya pada pomen, habis masa tapi kerja tak berhasil.

Untuk operate ni, kena leraikan casing beria jugak kerja yang agak rumit dan halus.. dan memakan masa.. businesswise.. mungkin tak baloi hehehe.. tapi yelah, kalau compare gi mancing dengan beli ikan kat pasar memanglah lagi baloi beli ikan kat pasar kan, siap boleh pilih ikan apa besar mana lagi.. tapi hakikatnya orang still gi mancing, ada sesuatu keseronokan di situ hehe..

Lama siot tak berleter kat sini wakaka ;p











Nilah satu yang agak pedih.. litar-litar yang terlibat halus bebenor. 
Papepun..

Allahumma yassir wala tu'assir.Rabbi tammim bi'khair.
Ya Allah,make it easy and do not make it difficult.
Ya Allah make it end well.
Ameen




Alhamdulillah..

Untuk kes ini, perlu diingati, skrin ini dah rosak, kita cuma ikhtiarkan supaya keadaannya lebih baik, kita tak ganti atau baiki, tetapi lebih kepada modifikasi.. Makanya tak pastilah berapa lama ia mampu bertahan.. just hope for the best. Paparannya walaupun tidak 100% macam tv baru tapi oklaa.. 

Semoga bermanfaat :)




Toshiba Regza model 32PB1E Problem No Power


Salam..

Aduan: Takde power


  • Cek tengok main fuse ok tak putus. 
  • Ukur komponen-komponen berkaitan dengan standby supply.
  • Didapati ada bacaan mencurigakan.
  • Rupanya IC untuk switching dia rosak.
  • IC ni agak jarang rosak. 
  • Bila diamati, didapati ada lipas kecik antara pin-pin IC tu. Mungkin itu punca dia short.



IC yang menjadi korban

Kelibat lipas

Lagi penampakan lipas

Bukti kukuh kehadiran suspek utama di lokasi kejadian


Alhamdulillah.. Semoga membawa kebaikan


Friday 5 February 2016

TV Samsung Plasma PS51E530 Takde Gambar Ada Suara

Salam.. Problemnya ialah suara ok tapi takde gambar..






Alhamdulillah.. semoga empunya berpuas hati