Tuesday 12 September 2017

TV Plasma Samsung Model: PS43E400U1R :: Problem: Standby only





Ysus : LJ41-10281A
Xsus : LJ41-10283A
Mboard : BN94-05743M
Power Board : BN44-00531A
Buffer : LJ41-10277A
Logic : LJ41-10234A



Alhamdulillah


Thursday 24 August 2017

Tips umum pembaikan barang elektronik

Mungkin entri ni akan diupdate dari masa ke semasa.

Antara petanda kapasitor elektrolitik dah mula lemah ialah litar itu tidak bekerja dengan elok masa mula-mula on, tapi lama-lama bila dah panas ia menjadi semakin ok.

Tidak seperti kebanyakan kes komponen semikonduktor, masa sejuk dia kerja dengan ok tapi bila makin panas ia jadi makin tak ok.

Problem yang kadang-kadang ok kadang-kadang tidak ok berkemungkinan juga kerana soldering sudah lekang. Boleh google 'dry joint'. Bersihkan dulu board menggunakan thinner supaya lebih mudah nampak kawasan yang lekang itu. Kes dry joint ini banyak terjadi pada tv crt, untuk tv nipis mungkin banyak penambahbaikan dah dilakukan, agak jarang jumpa kes sebegini.

Thursday 6 July 2017

Himpunan contoh skrin pecah

Salam..

Untuk kes skrin yang pecah atau retak, tak semestinya kita dapat sentuh keretakan tu. Kadang ada yang kata skrin saya tak retak atau pecah, cuma kat dalam je nampak macam retak. Kat luar tu licin elok je.. sebenarnya itulah yang dimaksudkan skrin retakatau pecah juga. Rasa licin macam ok sebab kat depan tu ada satu lapisan lain. Lapisan tu kat depan lcd. Jadi kalau elok licin kat depan, itu tak menunjukkan lcd tak pecah atau retak atau rosak.

Cara nak baikinya takde lain kecuali ganti skrin lain. Harganya setakat ini boleh lah dikatakan agak mahal jika dibandingkan dengan harga tv. Kemungkinan besar kerana ia datang satu set dengan lampu dan lapisan-lapisan diffuser. Itu sebabnya ia dipanggil PANEL. Mungkin satu masa nanti akan ada dijual lapisan lcd sahaja dan kemungkinan besar harganya akan jadi berbaloi untuk diganti.

Yang tak bestnya ialah ada terlalu banyak jenis skrin dan pelbagai saiz. Jadi agak susah sikit nak cari skrin lcd terpakai untuk nak ganti.







Friday 16 June 2017

Membaiki TV LCD Toshiba 40CV700E

Assalamualaikum

Tv ni masa standby lampu standby tu ada nyala merah. Bila tekan button power, lampu tu tukar jadi warna hijau. macam tulah secara normalnya. Tapi problemnya ialah setakat tu jelah yang berlaku. Skrin gelap takde gambar. Ada beberapa kemungkinan biasanya kalau simptom camni. mungkin lampu belakang tak fungsi, mungkin lampu tu yang rosak atau mungkin supply untuk lampu rosak, atau mungkin motherboard tak bagi arahan untuk menyalakan lampu atau mungkin lampu menyala tapi takde signal video dan beberapa punca lain lagi. Setelah disiasat, didapati untuk kes kali ini ada masalah pada bahagian Power Supply. Alhamdulillah. Wallahua'lam.

Di kesempatan ini juga saya ambil kesempatan mohon maaf andai ada silap salah sengaja atau tidak. Bulan Ramadhan ni seperti biasa, 'cuti' baiki tv kecuali untuk beberapa kes terpencil.

Semoga kita mendapat manfaat sebanyak-banyaknya pada Ramadhan kali ini. Semoga segala dosa kita dan kedua ibu bapa kita dan keluarga kita khususnya dan muslimin muslimat amnya diampunkan. Amin.








Tuesday 9 May 2017

TV Samsung Plasma PS43D450

Untuk rujukan sesiapa yang memerlukan, jika terjumpa kapasitor pada kedudukan ini tapi tak tahu nilainya sebab kulit dah bersepai.. :: 222 630v ::




Tv LED Akira 24inci

Assalamualaikum

Tv akira ni kecik dan comel. Cukuplah buat nak tengok kat bilik. Kira oklah jugak. Simple tapi functional dan practical.. boleh berfungsi sebagai monitor juga.

Problem dia ialah tak ada power langsung. Cek tengok boardnya sekali combine power supply dengan mainboard.

Kebetulan dapat jumpa board lain yang tak 100% sama tapi boleh guna. Jadi ganti board terus.

Lepas pasang board baru test on, ok nyala tapinya gambar pulak pelik-pelik warnanya.

Colour system kena adjust..
Jadinya masuk ke menu factory setting.. walaupun dalam bahasa china, gagahi jualah godek satu-satu sampai jumpa.

Untuk masuk ke factory setting, tekan MENU 1147

Alhamdulillah dapat option untuk ubah sistem tu.
Tapi buat masa ni tak dapat lagi nak ubah bahasa. Entah ada ke tidak option untuk bahasa pun taktaulah.










Wednesday 15 March 2017

TV LG Plasma 42PT350R-TD

Assalamualaikum

Problem: Lampu standby menyala tapi tv tak boleh start.

YSUS -- EAX62080701
PBOD -- EAY62170901
LOGIC -- EAX62117201
XMAIN -- EAX62081002
MBOD -- EAX64103901










Wednesday 22 February 2017

Wednesday 15 February 2017

TV Samsung Model PS43D450

Assalamualaikum

Problem No picture


Ysus : LJ41-09479A
MB : BN94-04349N





Tuesday 31 January 2017