Untuk kes skrin yang pecah atau retak, tak semestinya kita dapat sentuh keretakan tu. Kadang ada yang kata skrin saya tak retak atau pecah, cuma kat dalam je nampak macam retak. Kat luar tu licin elok je.. sebenarnya itulah yang dimaksudkan skrin retakatau pecah juga. Rasa licin macam ok sebab kat depan tu ada satu lapisan lain. Lapisan tu kat depan lcd. Jadi kalau elok licin kat depan, itu tak menunjukkan lcd tak pecah atau retak atau rosak.
Cara nak baikinya takde lain kecuali ganti skrin lain. Harganya setakat ini boleh lah dikatakan agak mahal jika dibandingkan dengan harga tv. Kemungkinan besar kerana ia datang satu set dengan lampu dan lapisan-lapisan diffuser. Itu sebabnya ia dipanggil PANEL. Mungkin satu masa nanti akan ada dijual lapisan lcd sahaja dan kemungkinan besar harganya akan jadi berbaloi untuk diganti.
Yang tak bestnya ialah ada terlalu banyak jenis skrin dan pelbagai saiz. Jadi agak susah sikit nak cari skrin lcd terpakai untuk nak ganti.
No comments:
Post a Comment