Friday, 16 June 2017

Membaiki TV LCD Toshiba 40CV700E

Assalamualaikum

Tv ni masa standby lampu standby tu ada nyala merah. Bila tekan button power, lampu tu tukar jadi warna hijau. macam tulah secara normalnya. Tapi problemnya ialah setakat tu jelah yang berlaku. Skrin gelap takde gambar. Ada beberapa kemungkinan biasanya kalau simptom camni. mungkin lampu belakang tak fungsi, mungkin lampu tu yang rosak atau mungkin supply untuk lampu rosak, atau mungkin motherboard tak bagi arahan untuk menyalakan lampu atau mungkin lampu menyala tapi takde signal video dan beberapa punca lain lagi. Setelah disiasat, didapati untuk kes kali ini ada masalah pada bahagian Power Supply. Alhamdulillah. Wallahua'lam.

Di kesempatan ini juga saya ambil kesempatan mohon maaf andai ada silap salah sengaja atau tidak. Bulan Ramadhan ni seperti biasa, 'cuti' baiki tv kecuali untuk beberapa kes terpencil.

Semoga kita mendapat manfaat sebanyak-banyaknya pada Ramadhan kali ini. Semoga segala dosa kita dan kedua ibu bapa kita dan keluarga kita khususnya dan muslimin muslimat amnya diampunkan. Amin.








2 comments:

  1. Assalamualaikum tuan nizam,
    Saya wan dari kota bharu,
    Tv saya sama mcm model yg tuan tunjuk tu,
    Masalah gambar sahaja tak keluar,
    Lampu hijau dan merah nyala apa bila on&off..biasa apa yang rosak, cos repair mahal tak?

    ReplyDelete
  2. Tv saya masalah yang sama..apa yang rosak

    ReplyDelete