Thursday 22 October 2015

TV LCD JVC LT-42EX18



Bismillah,,

Salam semua.. tv ni masalah dia layar gelap. Takde paparan pape. Cek voltej-voltej asas nampaknya power supply bekerja dengan elok dan rajin.

Makanya sekarang kena siasat adakah otaknya ada memberi arahan untuk menyalakan layar.
Didapati ada. Dia dah suruh tapi layar tak mampu untuk menyala. ngape..

Adakah lampunya? Adakah lampunya ok tapi tak menerima sumber bekalan? Adakah tv tersangkut pada protect mode kerana salah satu lampunya short atau open?

Maka perkara-perkara inilah yang perlu disiasati dan ditelusuri.

Pekerjaan ini meliputi tindakan-tindakan mereka dan mengada-adakan hipotesis.. bagaikan menyelesaikan suatu teka-teki..



Dalam bidang ini takde satu pomen yang betul-betul pandai.. kena saling bantu membantu berkongsi idea dan maklumat melangkaui batasan sempadan negara.. Apatah lagi pomen yang membaiki semua jenama dan model. Berbeza dengan pomen yang bekerja di pusat servis yang hanya perlu tumpu kepada model tertentu dan juga mendapat latihan khusus daripada ibupejabat.

Makanya ada kes yang saya memerlukan masa yang agak lama untuk mengkaji litarnya, berbincang dengan sahabat-sahabat, masa untuk troubleshoot, masa untuk mencari sparepart..

Pelanggan-pelanggan yang pernah hantar tv kat saya untuk dibaiki, yang memberi kepercayaan kepada saya, amatlah saya hargai. Yang sanggup bersabar menunggu hehe..

Untuk kes kali ini didapati masalahnya terdapat di bahagian inverter.. yang bertugas menghasilkan voltan tinggi untuk menyalakan lampu.

Alhamdulillah yang telah mempermudahkan urusan ini

Wednesday 21 October 2015

Kursus membaiki peralatan elektrik

Sekali sekala ada jugak org kol tanya ada buat kursus ke tak.. 
Kadang- kadang ada jugak terasa macam nak buat.. tapi macam leceh jugak nak buat modul bagai.. cmane klu buat kursus tapi peserta yg bgitau nak belajar apa.. macam ok jugak kot.. sape2 yg berminat cuba whatsapp saya, kita bincang-bincang dulu tgk cmane :)
Kot ada yg nk belajar beki mesin basuh ke.. periuk nasik ke.. tv ke.. belajar asas elektronik ke.. belajar guna meter ke.. belajar untuk projek akhir tahun ke.. menarik jugak..

Saturday 17 October 2015

Homestay di Beserah Kuantan



Assalamualaikum..

Kepada yang memerlukan homestay kat Kuantan, bolehlah try homestay kami di Beserah.. ada 3 bilik, 2 toilet, 2 katil queen dan 2 katil single. Master bedroom dilengkapi aircond. 
Rumah ni baru siap tahun 2015, boleh dikatakan cantik dan selesa.. Antara kemudahan yang disediakan adalah pinggan mangkuk, peralatan untuk memasak beserta dapur gas, electric kettle, electric rice cooker, peti sejuk, seterika beserta ironing board dan lain-lain lagi :)

Nak ke bandar pun dekat, nak ke Pantai Teluk Chempedak pun dekat.

Biasanya org Kuantan yang kerja kat luar, yang balik ke Kuantan jenguk ibu bapa, sebelum pulang ke negeri tempat mencari rezeki diorang akan gi kat beserah dulu beli ikan segar yang ditangkap oleh nelayan pinggir pantai tempatan kat pasar ikan Beserah.. isi dalam tong polisterin yang diletakkan ais..




Selain dari ikan segar, Beserah juga terkenal dengan produk ikan masin, ikan jeruk, ikan bilis dan juga hasil laut lain yang berkaitan seperti keropok dan sata.

Lokasi homestay ni tak jauh dari pantai.. kalau nak pantai yang memang jadi tumpuan, yang banyak ada kedai-kedai makan dan bazar-bazar jualan bolehlah ke Teluk Chempedak.. kat sana KFC, Starbuck, McDonalds  pun ada.. 

Kalau nak pantai yg stail semulajadi, sambil tengok nelayan bot-bot kecil menangkap ikan boleh gi kat pantai Beserah je.. Pantai Beserah ni memanjang sampailah ke Balok, lebih dari 5 kilometer..  Satu lagi pantai berhampiran yang menjadi pilihan pelancong yang dilengkapi pelbagai kemudahan awam ialah Pantai Batu Hitam.

Seperti jajaran jalan pantai sepanjang Terengganu dan Kelantan, Beserah ni ada banyak surau, madrasah tahfiz dan sekolah pondok.. Salah satu Pondok yang istimewa adalah Pondok AsSalikin. Di sini menjadi amalan setiap kali selepas solat subuh wiridnya disertai dengan tahlil 1000kali.. Suatu santapan rohani untuk servis jiwa yang dah lama tenggelam dalam kesibukan kehidupan harian.. lokasinya di Kg Jeram, Beserah..











Harga untuk homestay adalah RM150 satu malam.. Check in pukul 2 petang dan checkout pula pukul 2 petang.. sebarang pertanyaan bolehlah whatsapp saya: 013 968 8884

Untuk lokasinya boleh je taip google HOMESTAY BESERAH RIA, terus dia boleh guide sampai depan rumah..



Alamatnya no 28 Lorong Beserah Ria 43, Taman Beserah Ria.. perumahan baru kat depan Klinik Komuniti Beserah..

Semoga percutian anda di Kuantan menjadi suatu kenangan yang indah, dan menyeronokkan..






Pautan berkaitan tempat-tempat menarik di sekitar Beserah..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1712138092193316&id=151836698223471






Friday 16 October 2015

Repair TV LED PHILIPS MODEL 47PFL4007H


Salam.. 

Tv ni problemnya ialah suara ok, tapi takde gambar. 
Kerosakan takde gambar umumnya ada dua jenis, 
1. Gelap gelita backlight tak menyala
2. Skrin cerah tapi gambar takde

Untuk kes kali ni, backlightnya menyala, suara ok tapi takde gambar.. Alhamdulillah dapat ada gambar kembali.

Cuma sebagai langkah berjaga2 diharap para pengguna tak lap tv dgn kain basah atau apa2 aktiviti lain yang boleh membasahkan skrin.. Nanti airnya mengalir ke bawah pastu kena kat PCB dan menyebabkan komponen2 kat situ short.. Kebanyakan tv sekarang ada bod kat bahagian bawah skrin.
Kadangkala ada juga kes yg tak dapat dibaiki.



Sekian laporan ringkas dari bilik berita Bengkel TV Kuantan

Wassalam.