Thursday, 22 October 2015

TV LCD JVC LT-42EX18



Bismillah,,

Salam semua.. tv ni masalah dia layar gelap. Takde paparan pape. Cek voltej-voltej asas nampaknya power supply bekerja dengan elok dan rajin.

Makanya sekarang kena siasat adakah otaknya ada memberi arahan untuk menyalakan layar.
Didapati ada. Dia dah suruh tapi layar tak mampu untuk menyala. ngape..

Adakah lampunya? Adakah lampunya ok tapi tak menerima sumber bekalan? Adakah tv tersangkut pada protect mode kerana salah satu lampunya short atau open?

Maka perkara-perkara inilah yang perlu disiasati dan ditelusuri.

Pekerjaan ini meliputi tindakan-tindakan mereka dan mengada-adakan hipotesis.. bagaikan menyelesaikan suatu teka-teki..



Dalam bidang ini takde satu pomen yang betul-betul pandai.. kena saling bantu membantu berkongsi idea dan maklumat melangkaui batasan sempadan negara.. Apatah lagi pomen yang membaiki semua jenama dan model. Berbeza dengan pomen yang bekerja di pusat servis yang hanya perlu tumpu kepada model tertentu dan juga mendapat latihan khusus daripada ibupejabat.

Makanya ada kes yang saya memerlukan masa yang agak lama untuk mengkaji litarnya, berbincang dengan sahabat-sahabat, masa untuk troubleshoot, masa untuk mencari sparepart..

Pelanggan-pelanggan yang pernah hantar tv kat saya untuk dibaiki, yang memberi kepercayaan kepada saya, amatlah saya hargai. Yang sanggup bersabar menunggu hehe..

Untuk kes kali ini didapati masalahnya terdapat di bahagian inverter.. yang bertugas menghasilkan voltan tinggi untuk menyalakan lampu.

Alhamdulillah yang telah mempermudahkan urusan ini

No comments:

Post a Comment