Assalamualaikum..
Kepada yang memerlukan homestay kat Kuantan, bolehlah try homestay kami di Beserah.. ada 3 bilik, 2 toilet, 2 katil queen dan 2 katil single. Master bedroom dilengkapi aircond.
Rumah ni baru siap tahun 2015, boleh dikatakan cantik dan selesa.. Antara kemudahan yang disediakan adalah pinggan mangkuk, peralatan untuk memasak beserta dapur gas, electric kettle, electric rice cooker, peti sejuk, seterika beserta ironing board dan lain-lain lagi :)
Nak ke bandar pun dekat, nak ke Pantai Teluk Chempedak pun dekat.
Biasanya org Kuantan yang kerja kat luar, yang balik ke Kuantan jenguk ibu bapa, sebelum pulang ke negeri tempat mencari rezeki diorang akan gi kat beserah dulu beli ikan segar yang ditangkap oleh nelayan pinggir pantai tempatan kat pasar ikan Beserah.. isi dalam tong polisterin yang diletakkan ais..
Selain dari ikan segar, Beserah juga terkenal dengan produk ikan masin, ikan jeruk, ikan bilis dan juga hasil laut lain yang berkaitan seperti keropok dan sata.
Lokasi homestay ni tak jauh dari pantai.. kalau nak pantai yang memang jadi tumpuan, yang banyak ada kedai-kedai makan dan bazar-bazar jualan bolehlah ke Teluk Chempedak.. kat sana KFC, Starbuck, McDonalds pun ada..
Kalau nak pantai yg stail semulajadi, sambil tengok nelayan bot-bot kecil menangkap ikan boleh gi kat pantai Beserah je.. Pantai Beserah ni memanjang sampailah ke Balok, lebih dari 5 kilometer.. Satu lagi pantai berhampiran yang menjadi pilihan pelancong yang dilengkapi pelbagai kemudahan awam ialah Pantai Batu Hitam.
Seperti jajaran jalan pantai sepanjang Terengganu dan Kelantan, Beserah ni ada banyak surau, madrasah tahfiz dan sekolah pondok.. Salah satu Pondok yang istimewa adalah Pondok AsSalikin. Di sini menjadi amalan setiap kali selepas solat subuh wiridnya disertai dengan tahlil 1000kali.. Suatu santapan rohani untuk servis jiwa yang dah lama tenggelam dalam kesibukan kehidupan harian.. lokasinya di Kg Jeram, Beserah..
Untuk lokasinya boleh je taip google HOMESTAY BESERAH RIA, terus dia boleh guide sampai depan rumah..
Alamatnya no 28 Lorong Beserah Ria 43, Taman Beserah Ria.. perumahan baru kat depan Klinik Komuniti Beserah..
Semoga percutian anda di Kuantan menjadi suatu kenangan yang indah, dan menyeronokkan..
Pautan berkaitan tempat-tempat menarik di sekitar Beserah..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1712138092193316&id=151836698223471
No comments:
Post a Comment