Problem ni agak kerap terjadi pada tv Sony yang guna panel Samsung dan juga model-model lain yang guna panel yang sama.
Panel di sini maksudnya ialah layar LCD beserta casingnya yang merangkumi polariser, diffuser dan juga lampu belakang (backlight).
Pada awalnya saya tak terima untuk menguruskan kes sebegini, tapi oleh kerana ramai yang minta dan agak sedih dengan keadaan tv-tv yang terbuang begitu sahaja, dengan izin Allah saya cuba setakat yang boleh.
Umum mengetahui kos untuk menggantikan panel adalah mahal, ada yang mencecah 80 peratus harga tv, itu menyebabkan kebanyakan tv terbuang begitu sahaja.
Kadangkala ada masalah panel yang masih boleh diakali dan dimodifikasi walaupun relatifnya ia suatu pekerjaan yang agak sukar juga tapi tidak mustahil.
Daripada tv terbuang begitu sahaja ada baiknya dicuba dahulu, rezeki kita tak tau.
Yang lebih menyedihkan saya, sekiranya ada 'pomen' yang terlalu mudah mengatakan sesuatu kerosakan itu terlalu mahal, tak boleh dibaiki dan sebagainya tanpa pengetahuan yang benar.
Ini adalah satu perkara yang agak tidak baik dan 'penganiayaan' kepada owner tv. Apabila dia percaya bulat-bulat dan membuang tv tersebut tanpa consult pomen-pomen lain.
Sebagai pomen kita tidak seharusnya ego, andaikata sesuatu kerosakan itu kita tak reti nak baiki, elok kita terus terang kata 'saya tak pasti apa rosak cuba try hantar kat lain pulak tengok apa pendapat diorang'. Bukan apa, tv bukannya murah, banyak duit yang owner tv tu keluarkan untuk beli tv, apatah lagi kalau owner tu tak berpendapatan tinggi.
Berbalik kepada problem yang tengah kita cerita ni, umtuk 'operate' tv ni sememangnyalah berisiko. Kalau pada manusia, boleh jugak kot dimisalkan seperti major operation.. kalau tak sampai ajal lagi, adalah rezki, kalau dah sampai masa, redha jelah. Tak mustahil, bila dah operate, tv langsung kiok. Tapi risikonya agak berbaloi sebab kalau tak pun tv tu memang dah tak dapat nak tonton.. kan...
risiko sebenornya pada pomen, habis masa tapi kerja tak berhasil.
Untuk operate ni, kena leraikan casing beria jugak kerja yang agak rumit dan halus.. dan memakan masa.. businesswise.. mungkin tak baloi hehehe.. tapi yelah, kalau compare gi mancing dengan beli ikan kat pasar memanglah lagi baloi beli ikan kat pasar kan, siap boleh pilih ikan apa besar mana lagi.. tapi hakikatnya orang still gi mancing, ada sesuatu keseronokan di situ hehe..
Lama siot tak berleter kat sini wakaka ;p
Nilah satu yang agak pedih.. litar-litar yang terlibat halus bebenor.
Papepun..
Allahumma yassir wala tu'assir.Rabbi tammim bi'khair.
Ya Allah,make it easy and do not make it difficult.
Ya Allah make it end well.
Ameen
Ameen
Alhamdulillah..
Untuk kes ini, perlu diingati, skrin ini dah rosak, kita cuma ikhtiarkan supaya keadaannya lebih baik, kita tak ganti atau baiki, tetapi lebih kepada modifikasi.. Makanya tak pastilah berapa lama ia mampu bertahan.. just hope for the best. Paparannya walaupun tidak 100% macam tv baru tapi oklaa..
Semoga bermanfaat :)
Tv sy ada mslh macm ni jgk... Agak2 mcm mna nk buat ye bang.. Nk buang sayang.... Pm sy bang... 0199898320.. Tq
ReplyDeleteMasalah yg sama...mcam mana nak repair
ReplyDelete