baiki, servis, repair tv dan mesin basuh rosak di kuantan pahang :: call/ whatsapp :: 013-9688884 :: TV LCD RM 180 hingga RM 250, TV PLASMA RM 220 hingga RM 260, TV 29inci RM 120 TV 21inci RM 70, TV 14inci RM 50 (Tiada khidmat mengganti skrin retak/pecah) https://www.facebook.com/BaikiRepair-Tv-di-Kuantan-556124257923306/
Saturday, 17 May 2014
Membaiki TV brand Thomson T29S01B Problem satu garis tegak
Salam..
TV brand Thomson ni jarang orang guna. Kalau tak silap brand ni kira kategori lama jugaklah.
TV ni guna litar sama macam TV AKIRA chassis 5P60.
IC JUNGLE TDA9384
IC POWER 5Q1265RF
Satu line macam ni biasanya problem kat bahagian horizontal yang bertugas tarik gambar ke kiri kanan. So check kat bahagian yang tersebut itu.
Pengecekan kat bahagian tu menemui satu benda yang namanya kapasitor. Nama sebenar aku pun tak pastilah sebenarnya hehe pasal ada yang kata kapasitor epoxy ada yang kata polyimide. Tunjuk gambar jelah ek..
Nampak macam ada kesan gelap pada kapasitor tu kan. Tapinya jangan mudah terpedaya dengan paras rupa. Banyak jugak kapasitor kaler lebam camtu tapi sebenarnya ok. So yang membuatkan aku isytiharkan dia rosak ialah sebab nilai mikrofaradnya tak seperti yang terpapar pada bodynya itu.
Kalau tengok pada kapasitor tu ada tulis 304J, 400v. iaitu bersamaan 0.3 mikroFarad.
Tapi yang rosak ni terukur 43 pikoFarad je.
Kedudukan kapasitor itu adalah pada lokasi C310
Setelah ganti..
Gambar dah boleh keluar penuh tapi warna dia macam tak cukup biru je..
Walaupun kastemer takde cite pape pasal warna tak cun, alang-alang dah bukak buatkan jelah terus.
First sekali resolder bahagian video amplifier dan kawasan-kawasan sekitarnya yang terlibat dengan senapang elektron. Dah siap solder try tengok apa jadi..
Alhamdulillah.. kesan yang positif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment