Salam..
Kerap jugak terima panggilan ngadu skrin pecah. Problem ni tak dapat nak setel kecuali ganti skrin lain. Tapi skrin baru harganya terlalu mahal sampai tahap tak berbaloi untuk ganti.
Sebabnya bukan lapisan yang pecah tu yang dijual tapinya satu set sekali dengan lampu backlight. Memang logik jugak dia jual camtu sebab nak ganti lapisan lcd tu je walaupun boleh dilakukan adalah satu kerjaan yang susah dan berisiko dan banyak makan masa.
Ada kes-kes yang mana skrin nampak jelas retak. Ada kes yang tak nampak retak. Biasanya yang tak nampak tu sebab pecah belah tepi, dalam frame. Pecah tepi ni biasanya sebab jatuh, kanak-kanak baling barang kena kat frame dan sebagainya.
Biasanya bila kata skrin rosak orang tak berapa percaya sebab skrin ada paparan tapi bukan gambar, hanya jalur-jalur atau corak kotak-kotak. Jadi kat sini saya tunjukkan macamana rupa skrin yang pecah tu, yang terlindung di sebalik frame...
Semoga ia tidak lagi menjadi misteri...
Kalau tengok daripada luar, memang tak nampak pecah ni. Kena bukak casing depan. Skrin ni nipis je,.. Ketebalan sekitar 2mm.
Yang jadi problem sekarang ni kat dalam skrin ni ada litar. Bila pecah, litar ni terputus.
Harap-harap lepas ni owner dapat faham dan berhati-hati dengan tv masing-masing. Ikhtiarkanlah supaya kanak-kanak tak main baling-baling berdekatan dengan TV. Kalau tepek kat dinding lagi selamat baik buat. Ada satu kes tu, TV baru beli, tuptup kena lempar dengan remote control kalau tak silap.. habiss.. Bayangkanlah apa perasaan. Apa pun, kalau ditakdirkan jadi kat kita, semoga kita dapat bersabar, jangan lepaskan marah dan frust kat anak-anak secara overdose. TV ada harga.. tp anak-anak, priceless.
Sekian.. Terima kasih..
Eh, jap, di kesempatan ini, saya mohon maaf atas segala salah silap selama ni dan kalau boleh yang akan datang sekali.. SELAMAT HARI RAYA!!!!! :) :) :)
salam cik nizam... saya memiliki tv sony bravia 32 kdl-32bx300.. skrin dia berkedut - kedut selepas anak saya ketuk... gambar keluar tapi macam ada selaput pada skrin..terdapat bau seperti gam pada skrin tu.. dulu sikit jer lama kelamaan jadi banyak dan hampir penuh skrin... ape punca nya dan berapa kos baikpulih tv tu anggaran nya?
ReplyDeletesalam cik nizam... saya memiliki tv sony bravia 32 kdl-32bx300.. skrin dia berkedut - kedut selepas anak saya ketuk... gambar keluar tapi macam ada selaput pada skrin..terdapat bau seperti gam pada skrin tu.. dulu sikit jer lama kelamaan jadi banyak dan hampir penuh skrin... ape punca nya dan berapa kos baikpulih tv tu anggaran nya?
ReplyDeletewaalaikumsalam.. sori encik, tak perasan ada komen. Setahu saya tv sony selalu jugak jadi macam tu. Memang selaput depan tu dah kedut atau rekah. Saya tak pasti harganya. Puncanya saya syak kerana panas skrin tu dan kualiti lapisan tu. Jarang berlaku pada brand lain. Tak mustahil untuk diganti walaupun agak leceh.
ReplyDeleteaskum encik nizam sy ada tv philips 32 nak tukar skrin berapa ye
ReplyDeleteassalam encik Nizam tv saqya sharp aquos LCD. Screen dan merekah. gambar nampak putih sebab saya pernah lap guna kain basah. Encik ni bole tukar screen tv ke
ReplyDeletesalam cik...saya tgh menonton tv..tiba2 dia naik satu warna putih lepas tu terus naik macam crack 4...tv saya baru beli tak sampai sebulan....skrg tgh tggu technion diaorg nak tau sebab apa..sbb anak2 pon hairan napa jd mcm tu
ReplyDeletetv saya jenama philips 49inc...
ReplyDeletetv saya jenama philips 49inc...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam en nizam. Nk tanya, pasai pa tv ada masalah nk hidup? Dah 3 @4 hari ni kalo nak idup, kena main on off kat button tv. Hari ke 5 labgsung xleh idup. Saya pakai sejak julai 2013. Kira da 3 tahun stgh la..
ReplyDeletesaya membeli tv rosak xkira saiz rm50 saya dtg sendiri ambil ke lokasi anda call 01121984313/0183274263
ReplyDeleteDuk mana.. Sy ada 2tv lcd 40/49 rosak screen
DeleteSalam encik,nak tanya.. kalau tv sharp aquos tu skrin x pecah tp mengelupas lapisan paling luar tu.. agak2 dot diselamatkan x?
ReplyDeleteSalam encik,nak tanya.. kalau tv sharp aquos tu skrin x pecah tp mengelupas lapisan paling luar tu.. agak2 dpt diselamatkan x?
ReplyDelete