Friday, 7 February 2014

Salam Pengenalan





Assalamualaikum.. Saya ada menyediakan perkhidmatan membaiki peralatan elektrik seperti TV dan mesin basuh di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Adalah dalam 10 tahun jugak membaiki tv kat kuantan ni, dari zaman tv crt gemuk tu sampailah sekarang era plasma, lcd dan led. Tapi baru ni berasa nak join blogging hehe.. Kot-kot ada yang berminat bidang yang sama bolehlah berkongsi-kongsi pengalaman..

Stail saya kalau pelanggan mintak tolong repair tv, saya bagi anggaran harga dulu, Kalau setuju boleh teruskan tapi kalau agak2 tak baloi baik beli yang baru. Rata-rata harga repair tv kotak/ crt 14inci hingga 29inci adalah antara RM40 hingga RM100.  Tengok saiz jugak, Lagi kecik lagi murah. 
Puratanya tv 14inci RM 50, 21inci RM65, 29inci RM80.
Ada orang segan-segan nak repair kalau tv "cap ayam" tapi sebenarnya tv camtu pun baloi sangat nak repair kalau kena dengan harga. Daripada buang terus baiklah try cek dulu ye tak..

So kepada yang berada di Kuantan yang berasa nak baiki tv atau nak bertanya pape bolehlah hubungi saya, call /whatsapp
013-968 8884 

Kalau boleh hantar sendiri adalah terbaik :), tapi bagi yang takleh nak hantar, nak mintak tolong ambik pun boleh. Kena cas tambahanlah tapinya hehe.. Lokasi saya di Medan Tok Sira/ Alor Akar. 
Akhir kata terima kasih sebab mengunjungi blog ni, InsyaAllah saya akan cuba gunakan medium ini untuk berkongsi maklumat tentang perkara yang berkaitan dengan repair merepair ni. Wassalam.


No comments:

Post a Comment