Sunday, 16 February 2014

Membaiki TV Cina/ China 21inci brand Shinkawa


Salam.. Hari ni InsyaAllah saya nak berkongsi sikit pasal tv shinkawa ni. Adapun tv ini tergolong spesis tv china. Tapi yang ni saya rasa grednya ok sikit. Mungkin batch-batch awal. Nama brand ni pun jarang-jarang jumpa. Sebenarnya tv yang dikategorikan tv china ni yang harganya boleh dikatakan murah banyak berbanding dengan tv branded setahu saya adalah dibuat di dalam negara kita. Papan litarnya diorder dari china manakala casingnya dihasilkan oleh kilang tempatan. CRTnya adalah yang 2nd hand. Bagi saya ini idea yang bagus dan takde masalah. Daripada buang begitu saja CRT/ tabung/ kacanya, adalah lebih baik dikitar semula jadi tv baru dan dijual pada harga yang murah.

Walaupun papan litar ni dari china, tapi teknologinya adalah bagus. Yang kurang bagus mungkin kualiti komponennya.



Okeh berbalik kepada isu asal, tv shinkawa ni. Problemnya ialah tak dapat siaran. Tuning Autosearch dia tak dapat detect apa-apa. Lancar camtu je tak singgah mana-mana channel. Lepas tu pulak OSD (On Screen Display) nya bergetar-getar sampai tak boleh nak baca tulisan menu. Ada pulak lagi, warnanya kejap ok kejap tak ok. Hehe.. bagaikan demam yang disertai batuk, selsema serta pening kepala, kemudian terjatuh pulak sehingga luka lututnya..

Ok, serius. Mula-mula buka casing dulu. Tu dia.. sawang. Ini tandanya tv ni bagus, dah lama berbakti kepada ownernya. Papehal, vakumkan dulu.


Daripada simptom-simptom ni, andaian awal adalah  dua penyebab. Satunya ada kapasitor penapis yang tak bekerja secara sempurna menyebabkan terdapat gangguan pada supply. Keduanya kes warna sekejap ok sekejap tak ok ni kemungkinan besar kerana soldering dah lekang. 



Siasat dan siasat, jumpalah beberapa poin yang soldering dah lekang. Biasanyalah, kalau nampak banyak soldering yang dah lekang di merata-rata tempat, maknanya tv itu selalu ditepuk. Sebab pada peringkat awal, bila gambar ada masalah, owner akan cuba tepuk-tepuk, dan gambar akan elok sementara. Kemudian masalah akan berulang dan owner akan tepuk lagi, dan lama-kelamaan semakin banyak kawasan yang akan tercabut solderingnya. Makanya daripada satu problem dah merebak jadi beberapa problem.

Soldering yang dah lekang (regulator 8V)



Papan litar kalau dah comot macam ni eloklah dicuci dengan thinner dan disolder ulang

Ok. Setel satu bab. Seterusnya mengesan kapasitor yang rosak. Cari, cari, cari, cari, cari dapatlah tangkap 3 bijik kapasitor yang dah tak sihat... 
  •  22uf 250v
  •    22uf 50v
  •  220uf 35v


Setelah selesai resoldering dan gantikan kapasitor-kapasitor yang bermasalah, tibalah masa untuk testing. Sekali ada satu problem sampingan rupa-rupanya.. Microswitch yang guna untuk tukar channel/ volume tak ok pulak dah.. Makna kena tukar dulu. Ok selepas dah ganti bolehlah test..


Berikut adalah serba sedikit info tentang papan litar jenis ini :
  • IC Jungle :: TDA8842
  • Transistor Power :: C4429
  • Transistor Horizontal Output :: D1555
  • IC Controller :: P83C266BDR
  • IC Vertical :: TDA8351
  • FBT :: BSC24-2231HC


Begitulah kisahnya untuk kali ini. Semoga tv itu dapat terus berkhidmat kepada ownernya dan mendatangkan manfaat kepada beliau.




No comments:

Post a Comment