Saturday, 8 February 2014

Membaiki TV China 29inci


Problem yang biasa terjadi pada tv china. Tak kisah brand apa asalkan tv murah yang namanya pelik-pelik tu kebanyakannya isi dalamnya sama. Masalahnya sekarang ialah gambarnya jadi macam ni, suara normal. Untuk kes ni, jalur litar 200v yang supply ke video amp kat crt board ada masalah. Secara khususnya kapasitor 22uf 250v yang berfungsi sebagai dc filter dah tak bekerja. 

Pada tv yg menggunakan bod jenis lain, biasanya tv branded, kerosakan pada kapasitor ini akan menyebabkan gambar jadi gelap sebelah. Ganti je kapasitor tu InsyaAllah ok. Tapi kerja repair tv bukan setakat tukar kapasitor camtu je. Alang2 dah bukak, segala kapasitor-kapasitor lain yang dah lemah pun akan ditukar sekali. Pastu board akan diresolder semula sebab soldering lama-kelamaan memang akan menjadi lekang, terutamanya pada kaki-kaki ic, transistor dan kawasan-kawasan yang panas. 

 kapasitor 22uf 250v. Kelihatan dah bocor.



circuit board kebanyakan tv china

Itu jelah kisahnya. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment