Salam.. Kali ini terima TV Sharp yang problemnya takde power. Tv nampaknya cuba start tapi ada bunyi 'tik''tik'.. Kebiasaannya bunyi ni menunjukkan jalur B+ ada barang short..
Untuk rekod, komponen-komponen penting dalam chassis model ini adalah seperti berikut:
- IC Power : STRW6556A
- IC Jungle : TDA12063H1/N1F00
- HOT : D2646
- IC Vertikal : TDA4863AJ
- IC Video Amplifier : TDA6107AJF/N1
- FBT : JF0501-38501
Ok. Satu yang tak syok bila jumpa transistor ni short ialah dalam kebanyakan kes transistor ni short bersebab. So, kena cek dulu komponen-komponen lain yang berkaitan. Kalau puncanya tak ditangkap sekali, kemungkinan besarlah walau diganti transistor yang baru, transistor tersebut akan meledak semula. Siasat punya siasat dapatlah jumpa suspek utamanya. FBT ( flyback transformer )
Kerosakan FBT ni bolehlah dikatakan kategori dahsyat. Bukan saja kabel anod dah bocor, body fbt tu sendiri berlubang.
Selepas diganti kedua-dua barang tersebut ok tv boleh nyala, bagaikan normal. tapi warna dan kecerahannya tak berapa cantik. Kemungkinan tiub kacanya kena servis sekali ni. Caranya dengan menggunakan alat seperti di bawah
Dengan menggunakan alat ini, ketiga-tiga senapang elektron iaitu untuk warna merah, hijau dan biru ditembak dengan suatu beza keupayaan yang akan membakar karbon-karbon yang menghalang lalulintas. Problem warna tak cantik ni selalu sangat terjadi kepada tv sony trinitron. Kadang-kadang ada terima panggilan kastemer kata nak topup kaler, kaler dah habis.. So untuk makluman, tv ni tak macam printer, takleh nak topup-topup kaler. Kalau kaler takde atau kaler tak balance makna ada komponen rosak atau salah satu atau ketiga-tiga gun rosak.
Ok. Seterusnya. Dah setel recharge tube, beralih kepada checking soldering dan ganti kapasitor-kapasitor yang agak-agak dah lemah dengan harapan tv akan bertahan lebih lama. Didapati ada 3 bijik kapasitor yang perlu diganti :
- C706 : 22uf 50v
- C502 : 100uf 35v
- C621 : 47uf 50v
Dah setel resoldering dan ganti komponen rosak bolehlah tv ditest beberapa jam dan disukat suhu komponen nak tengok normal atau terlebih panas.
Sekian untuk kali ini. Semoga bermanfaat :)
Kalau ada tv nak baiki bolehlah kol/ whatsapp saya di 013-9688884.