Kes ni owner kata tv ni rosak sebab kena petir. Langsung takde power. Lampu standbynya pun tak menyala.
Bukak casing, cek, memang patut pun tak menyala langsung sebab fuse utama 5A 250V pun putus.
Kat sini kebanyakan kesilapan berlaku sebab ada yang fikir dengan menggantikan fuse sahaja dapat menyelesaikan masalah (bukan merujuk kepada tv ni, pemerhatian adalah daripada pengalaman sebelum2 ni). Sangat jarang berlaku begitu walaupun ada kemungkinan dan tidak mustahil. Bila tengok fuse putus, ada yang terus cuba menggantikan fuse. Bila diganti, test on, fuse putus semula. Dicuba ganti lagi, putus lagi.. Kalau fuse sebanyak dua lori diganti pun fuse tetap akan putus semula. Bila dah mcm tu, ada yang jadi geram, lalu instead of menggantikan dengan fuse yang sepatutnya, langsung dia bypass fuse tu dengan wayar.. Itu kesilapan besar.. Bila dah takde fuse, takde dah protection litar tu. Kebiasaanya kerosakan asal akan merebak dan lebih banyak komponen yang akan rosak.
Ingatlah, fuse mesti digantikan dengan fuse juga, mengikut rating asal. Tak kira untuk peralatan apa sekalipun, bukan tv sahaja. Ada tujuan fuse itu diletakkan di situ.
Berbalik kepada kes tv ni.. Fuse putus.. Bila fuse putus, biasanya ada komponen yang short. Bila komponen short, arus yang lalu melalui fuse itu akan menjadi tinggi kerana kurang rintangan dalam litar, bila arus yang lalu tu melebihi rating pada fuse, fuse akan putus. Selagi tak ganti komponen yang rosak tu, menggantikan fuse sahaja sama sekali tidak akan menyelesaikan masalah.
Untuk kes ini, didapati beberapa komponen rosak dan perlu diganti,,
- N-Channel Mosfet untuk Switching Regulator
- IC PWM
- 4x Half wave rectifier
- Fuse 5A 250v ceramic
Kerosakan yang akibat petir ni tak menentu kerosakannya, ada yang kuat kena hentam, ada yang kurang sikit bergantung kekuatan petir masa tu atau jauh dekat panahan tu agaknya.
Alhamdulillah, untuk kes kali ini, tv dapat berfungsi semula
No comments:
Post a Comment