Salam..
Tv ni owner nya melaporkan bahawasanya telah kedengaran bunyi letupan yg tidak menyenangkan. Langsung selepas itu tv tidak lagi dapat digunakan.
Setelah siap soal siasat owner, saya mula melasanankan penyiasatan yang lebih terperinci. Kes ini agak diutamakan memandangkan inilah satu2nya tv yang ada di rumahnya buat masa itu.
Walaupun kemeriahan suasana jamuan hari raya di tadika kemas tadi masih lagi terasa, namun demi tugas, kerja
Tidak dapat disembunyikan lagi, kes yg membabitkan letupan, sama ada kecilan ataupun besar, agak mendebarkan. Di dalam kotak fikiran sentiasa tertanya2 siapakah yg meletupkan,apa yg meletup, kenapa meletup,siapa yg terkorban, apakah motifnya dan lain2 lagi.
Hasil pemerhatian awal di lokasi, tidak pula ternampak mana2 kesan hitam atau terbakar.
Maka penyiasatan lebih terperinci melibatkan pengujian voltage perlu dilakukan.
Selepas diperiksa, keputusannya jalur supply yg melibatkan ic vertikal ada masalah. Seperti yg tidak dijangka, ic vertikal dah short. Ini menguatkan lagi fakta bahawasanya simptom yg sama tidak sama sekali bererti kerosakan pada komponen yg sama.. seterusnya macam biasalah. Ganti ic, buat resoldering kat lokasi-lokasi panas dan test... tapi sebelum tu. Kena balik kepada persoalan asal. Apa punca ic tu rosak. Dan apakah yg meletup. Didapati dalam kes ini, ianya kemungkinan besar adalah kebocoran pada anod high voltage..
Untuk info, berikut adalahserba sedikit spesifikasi enjinnya
Ic jungle 8873CPANG6HV9
FBT BSC25-N0435
Alhamdulillah.
Sekian. Terima kasih :)
No comments:
Post a Comment