Salam..
Ada satu tv philips ni, masaelohnya takde bergambor.. ketnya suara molek ada.. kalau perati molek2, boleh perasan skrin nya ada nampok ceroh.. makna lampu belakangnya idup nyala tapi takde sebarang gambar yg dipaparkan.
Agak mencabar kes kali ni. Sampai ke tengah malam jugaklah ngadapnya. Apapun sebelum itu, subhanallah. subhanaka la ilmalana illa ma allamtana innaka antalalimul adzim. La haula wala quwwata illa billah.
Cari diagramnya takde pulak. Nak tracing bod tv zaman sekarang ni memanglah sgt payoh, halus satu hal tp boleh lg nak teropong, tp sebab dia bod berlapis. Atas bawoh ada litar.. komponen pulak, mungkin sebab halus sangat, ada yg takde marking pun. Tapi yelahkan, mana2 kerja pun ada dugaannya yang tersendiri. Kita rasa payoh, org lain punya payoh kita tak tau..
Teringat satu dialog dalam rencana kemarin, "it's a hard job but we made it look easy"
Dalam pada kekalutan nak membaiki itu, saya pun dengan selambanya terlupa nk tulis apa yg patut. Jadi share jelah setakat yg ada teringat wakaka..
Kesimpulannya ada masalah pada bod memproses gambar, ada. Ada komponen yg dh sampai ajal. Jumpa komponen rosak satu hal. Lepas tu bermulalah episod nk mencari identiti komponen tu dgn parameter2 yang sesuai yg boleh menggantikannya..
Di samping itu, kena juga menyiasat punca kejadian, adakah dia punca ataupun ada komponen lain pulak yg menyebabkan berlakunya ketakstabilan lalu menyebabkan komponen tu kiok. Akhirnya Alhamdulillah, setelag mengganti beberapa komponen tv pun menyala.. semoga tv tu dpt terus berkhidmat kepada tuannya dan mendatangkan manfaat..
No comments:
Post a Comment