Tuesday, 25 August 2015

Membaiki TV LCD SAMSUNG model LA32B350F1



Salam..

Tv ni problemnya takde power. On apa pun takde, lampu merah standby tu pun takde.

Cek-cek didapati power supplynya bermasalah. Ada point-point yang tak patut short telah terukur short ke ground.. 

Bagi saya lebih mudah nak trace problem kat litar kalau ada diagram.. 


Adalah beberapa komponen yg nmpak meragukan. Kes-kes macam ni kena cek belaka diod-diod zener.. diod zener tv model macam ni kebanyakannya adalah dalam bentuk smd. Ada yang 3 pin SOT, ada yang dua pin SOD. 

Contoh bentuknya:

Diod ni walau pun rupanya sama tapi spesifikasi tak sama. Ada yang nilai 1.8v ada yang 18v ada yang 15v, macam-macam. Tu yang mudah kerja kalau ada diagram.. tapi tv zaman sekarang ni agak payah nak dapat skematik, tak macam tv-tv lama dulu. At least untuk masa sekarang ni. Harap-harap makin lama makin mudah dapat.

Info untuk tv model ni


IP board BN44-00289A


Mainboard


Panel



Alhamdulillah, siap.. testing

Sunday, 23 August 2015

TV LCD Philips problem ada suara tapi tak ada gambar

Salam..

Ada satu tv philips ni, masaelohnya takde bergambor.. ketnya suara molek ada..  kalau perati molek2, boleh perasan skrin nya ada nampok ceroh.. makna lampu belakangnya idup nyala tapi takde sebarang gambar yg dipaparkan.

Agak mencabar kes kali ni. Sampai ke tengah malam jugaklah ngadapnya. Apapun sebelum itu, subhanallah. subhanaka la ilmalana illa ma allamtana innaka antalalimul adzim. La haula wala quwwata illa billah.

Cari diagramnya takde pulak. Nak tracing bod tv zaman sekarang ni memanglah sgt payoh, halus satu hal tp boleh lg nak teropong, tp sebab dia bod berlapis. Atas bawoh ada litar.. komponen pulak, mungkin sebab halus sangat, ada yg takde marking pun. Tapi yelahkan, mana2 kerja pun ada dugaannya yang tersendiri. Kita rasa payoh, org lain punya payoh kita tak tau..

Teringat satu dialog dalam rencana kemarin, "it's a hard job but we made it look easy"

Dalam pada kekalutan nak membaiki itu, saya pun dengan selambanya terlupa nk tulis apa yg patut. Jadi share jelah setakat yg ada teringat wakaka..

Kesimpulannya ada masalah pada bod memproses gambar, ada. Ada komponen yg dh sampai ajal. Jumpa komponen rosak satu hal. Lepas tu bermulalah episod nk mencari identiti komponen tu dgn parameter2 yang sesuai yg boleh menggantikannya..

Di samping itu, kena juga menyiasat punca kejadian, adakah dia punca ataupun ada komponen lain pulak yg menyebabkan berlakunya ketakstabilan lalu menyebabkan komponen tu kiok. Akhirnya Alhamdulillah, setelag mengganti beberapa komponen tv pun menyala.. semoga tv tu dpt terus berkhidmat kepada tuannya dan mendatangkan manfaat..


Saturday, 15 August 2015

IC TEA2261 RM 4.00


Membaiki tv LCD brand JVC masalah warna

Salam..

Tv ni masalahnya gambar dia warna mcm pelik sikit





Tv ni macam versi-versi awal.. banyak skru yang terlibat







Tak banyak nk berceloteh kali ni.. ada sedikit sibuk..
Cuma nk bgtau ada kemungkinan boleh beki lg kalau masalah macam gambor tu.. InsyaAllah



Alhamdulillah.. Semoga ok dan tahan lama :)





Tuesday, 4 August 2015

Membaiki TV JVC model AV21-B16



Salam..

TV ni datang dengan masalah bila on je trip MCB. 
Mula-mula try on ada bunyi dalam TV, ala-ala gelegak gitu, selang beberapa saat langsung trip. 
Cek ukur, power switch rosak.

Tapi tu mukaddimah je.. Masalah utama dia ialah kadang-kadang tv ni boleh on. kadang-kadang tak start, Lampu standby kelip-kelip hijau merah.

Ok, yang ni mencabar. TV ni ada banyak point protect. Ada sampel voltage yg abnormal je sama ada pada supply 5v atau 9 volt atau sound atau flyback transformer dan lain-lain lagi maka tv tak nak start. 

So cek sukat cek sukat didapati macam ada masalah kat poin di bawah:


Untuk signal arahan start atau on boleh disukat kat poin di bawah:


Untuk On ia akan hantar signal High, dalam keadaan standby ia LOW.

Siasat punca supply regulator 9v jadi low. Alhamdulillah bertemu dengan komponen yang jadi punca problem.Nilai dia dah banyak berubah sekitar 30%. Ia berfungsi sebagai filter untuk hasilkan dc yang licin tanpa cela hehe..


Banyak jugak soldering yg dah lekang kat tv ni. So resolder siap-siap. 

Serius dan straightforward posting ni. Adakah sebab tulis report malam ni sambil layan THR kihkihkih.. lagu jiwang belaka.. parokkk

Oklah.. sedikit info untuk rujukan:

Enjin TV ni guna chassis CG4D
IC Jungle: NN5198K
IC Vertikal: LA78040N 
Horizontal Output Transistor: D2627
Flyback Transformer: JF0501 3213






Saturday, 1 August 2015

TV Pensonic 21 inci no power

Bismillah..
Salam..

Tv ni owner nya melaporkan bahawasanya telah kedengaran bunyi letupan yg tidak menyenangkan. Langsung selepas itu tv tidak lagi dapat digunakan.

Setelah siap soal siasat owner, saya mula melasanankan penyiasatan yang lebih terperinci. Kes ini agak diutamakan memandangkan inilah satu2nya tv yang ada di rumahnya buat masa itu.

Walaupun kemeriahan suasana jamuan hari raya di tadika kemas tadi masih lagi terasa, namun demi tugas, kerja

Tidak dapat disembunyikan lagi, kes yg membabitkan letupan, sama ada kecilan ataupun besar, agak mendebarkan. Di dalam kotak fikiran sentiasa tertanya2 siapakah yg meletupkan,apa yg meletup, kenapa meletup,siapa yg terkorban, apakah motifnya dan lain2 lagi.

Hasil pemerhatian awal di lokasi, tidak pula ternampak mana2 kesan hitam atau terbakar.

Maka penyiasatan lebih terperinci melibatkan pengujian voltage perlu dilakukan.

Selepas diperiksa, keputusannya jalur supply yg melibatkan ic vertikal ada masalah. Seperti yg tidak dijangka, ic vertikal dah short. Ini menguatkan lagi fakta bahawasanya simptom yg sama tidak sama sekali bererti kerosakan pada komponen yg sama.. seterusnya macam biasalah. Ganti ic, buat resoldering kat lokasi-lokasi panas dan test... tapi sebelum tu. Kena balik kepada persoalan asal. Apa punca ic tu rosak. Dan apakah yg meletup. Didapati dalam kes ini, ianya kemungkinan besar adalah kebocoran pada anod high voltage..

Untuk info, berikut adalahserba sedikit spesifikasi enjinnya

Ic jungle 8873CPANG6HV9


Ic vertikal LA78040



FBT BSC25-N0435

Alhamdulillah. 
Sekian. Terima kasih :)