Tuesday, 6 December 2016

Membaiki TV Samsung Model CS-29Z45MH :: Problem : No Power

Assalamualaikum





Problem: No Power. Lampu depan pun tak menyala.

Siasatan: Didapati fuse utama 5A putus.

Kat sinilah selalu orang tanya masalah yang sama. dah ganti fuse tapi fuse putus semula. Ada yang kata kedai jual fuse yang tak bagus, ada yang selamba ganti guna dawai dan lain-lain.

Tiap-tiap kali jumpa fius putus mesti nak kena siasat, apa yang short yang membuatkan fuse putus. Kena study apa fungsi fuse.

Jadi kadang-kadang bila orang telefon kata nak baiki tv, pastu kata problem sikit je, fuse dia je putus, saya terus tawar hati nak baiki.. hehe..

Penyelesaian:  IC regulator dan alat degauss kena ganti





Alhamdulillah
Mudah-mudahan tv dapat berkhidmat lebih lama lagi

Tuesday, 15 November 2016

Page facebook

Salam para pembaca (kalau ada) yang dihormati sekalian..

Kebelakangan ni kurang sikit peluang nak menulis, kebanyakan update kat page fb je.. jadi, bagi yang sudi harap boleh like kat page.. takdelah berinformasi sangat, tapi gitu-gitu jugaklah lebih kurang

https://www.facebook.com/BaikiRepair-Tv-di-Kuantan-556124257923306/

Terima kasih ye semua


Thursday, 20 October 2016

Membaiki TV LG Plasma Model 42PN4500ATS (Problem: no power)

Assalamualaikum.

Tv problem lampu standby menyala tapi tak boleh start.

Buffer : EAX64285201
Ysus : EAX64286001
Pbod : EAX64932801/5
Logic : EAX54703201
Mbod : EAX65071308
Zsus : EAX64753201

Untuk kes kali ni, didapati bahagian yang bertugas untuk menyalakan skrin bermasalah. Tv plasma ni kebanyakannya menggunakan kuasa yang tinggi, watt besar. Kalau kita pegang, terasa panas di casing belakag dan juga di skrin. Mungkin ada baiknya sekali sekala habuk pada casing belakang dibuang, boleh vakum supaya proses pelepasan haba lebih lancar. Lokasi tempat tv diletakkan juga kemungkinan besar memainkan peranan. Pendek kata, seeloknya tempat yang peredaran udara lancar.

Tv yang guna LED nampaknya lebih baik dari segi kurang panas dan lebih jimat tenaga. Papepun kebanyakan komponen yang bekerja biasanya akan mengalami proses 'wear n tear' cuma jangkahayat yang berbeza.





Alhamdulillah tv masih dapat diselamatkan.

Tuesday, 18 October 2016

Polisas



Buat pelajar² bidang elektronik khususnya di politeknik, belajarlah dgn serius dan bersungguh². Silibus yang dah diatur tu sangat berguna di alam pekerjaan nanti. Semua yg diajar tu berperanan, bagaikan kepingan² jigsaw puzzle.. kalau diabaikan sebahagian, akan jadi tak lengkap dan tak best.

Tak perlu hafal semua, tapi yang penting mesti mau faham. Manfaatkan kesempatan yang ada, bila tak faham jangan malu² tanya pensyarah. Masa belajar ni, tak payah beria nak berseronok lagi, tumpu belajar dulu. Banyak benda yang nak kena belajar dan faham, sabar dulu 3 tahun. Dah habis belajar nanti, dah kerja, dah ada pendapatan, time tu boleh nak buat papepun.

Bila ada satu² topik yang agak² tak berapa faham, buat kajian, pegi library, tanya lecturer, bincang dgn kawan² dan juga google. Youtube ada banyak sangat penerangan tentang elektronik.. jangan buang masa buat benda yang takde faedah, 3 tahun rasa kejap je kalau betul² tumpu untuk belajar..

Usaha keras untuk belajar dan faham, ada rezeki dapat result ok, apply sambung belajar masuk universiti pulak.. universiti satu alam yg berbeza tak seperti di politeknik, rugi kalau tak merasa.. bg student polisas, ada masa pegi masuk jalan² kat dalam UIA tu.. ambik feel.. bagi rasa ada keinginan untuk jadi mahasiswa universiti..

Kesimpulannya sebenarnya ialah ingat balik matlamat ada kat poli sekarang ni iaitu nak serap dan faham ilmu sebanyak mungkin, untuk bekalan melanjutkan pelajaran kat uni ataupun untuk alam pekerjaan.. jangan bazirkan masa dan peluang. Jangan sekadar hanya nak dapatkan segulung sijil/diploma tapi hakikatnya pelajaran asas semester pertama jika ditanya pun tak berapa nak faham, rugi je masa kita...

Rapatlah dengan kawan² yang sama² ada keazaman untuk berjaya.. buat study group.. kalau dah kemaruk nak bercinta sangat pun, seadanya jelah.. tak boleh ada pape gangguan dan distraction lain. Ingat, masa tak banyak, ada banyak subjek nak kena belajar, tutorialnya lagi, tugasannya lagi, projeknya lagi.. bersusahlah sekarang, demi senyuman dan keseronokan dalam dewan peperiksaan nanti.

Wednesday, 12 October 2016

Membaiki TV LG Plasma Model 42PT350R-TD

Assalam..

Tv ni dihantar kerana masalah dia tak boleh start. Bila on power lampu standby nya berkelip-kelip.

Tuan punya kata, masa nak on pada suatu hari itu, tetiba ada bunyi letupan kecil, sejak itu tv tak boleh start dah. Alhamdulillah board yang rosak dapat diperbaiki. Berikut catatan board yang digunakan

Buffer : EAX62081101
YSUS : EAX62080701
PBOD : EAX63329801/10
ZSUS : EAX62081002
LOGIC : EAX62117201
MBOD : EAX64103901 (0)








Wednesday, 14 September 2016

TV LCD Samsung Model LA32A330J1N :: Problem: ada suara tapi takde gambar

Assalam


Tv ni on macam biasa ok, tapi suara takde, gelap gelita terus. Makna lampu belakang dia tak menyala.

Bukak casing untuk cek litar lampu. Belum cek voltage ternampak ada kesan terbakar dan ada banyak semut.






Taktaulah ngape banyak semut gitu. Ada beberapa tempat yang semut mati berkumpul camtu. Straight forward bersihkan pcb, ganti komponen yang rosak. 

Sebab tu kadang-kadang bila orang wasap tanya kerosakan dan punca saya tak dapat nak jawab. Saya tak pandai berkias-kias beranalogi. Cuma boleh cerita pasal kemungkinan bahagian mana yang problem je. Contoh macam ni tak mungkin dapat tau ada semut bersarang atau ada cicak mati tanpa bukak casing. Kadang tu bila orang tanya saya tak dapat jawab dan dia kata kawan dia atau ada pomen bagitau puncanya ic rosak tanpa bukak set dan cek buat pemeriksaan saya jadi lemah semangat nak melayan hehe.. tu bukan pomen dah, tu level dukun. Kebanyakannya kata ic tapi bila tanya ic apa yang mana tak boleh nk jawab. Ic ni ada banyak dalam sesebuah tv, kalau tv zaman sekarang lagilah rasanya tak kurang 20 jenis ic. Walaupun akan nampak tak pandai sebab tak dapat jawab tapi saya tetap akan jawab tak pasti, cuma boleh bgtau serba sedikit kemungkinan-kemungkinannya je. Kecuali ada beberapa kes tertentu yang spesifik. Contoh macam nilah, text/call doktor kata demam pastu mintak doktor jawab demam sebab apa, virus ke bakteria ke alahan ke nak tumbuh gigi ke terkejut nampak hantu ke dan lain-lain tanpa doktor tu cek dulu tekanan darah, ambik sampel darah, suluh anak tekak, ambik temperature.. harap kita dapat membezakan antara pomen dengan dukun hehe.. Wallahuaklam.. saja tulis panjang-panjang testing update blog guna fon kihkihkih... 

Mboard :: BN94-02083A
iPboard :: BN44-00235A
Panel :: Samsung LTF320AP01

Alhamdulillah tv ada gambar semula.. 

Tuesday, 30 August 2016

Repair TV LCD SONY Model KLV 40BX420 :: Problem gambar berlapis

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.. Semoga Allah Taala merahmati para pejuang kemerdekaan negara sejak dari mula negara kita diserang dan dijajah..

Ok. Problem tv ni agak pelik sikit nak describe, yang terbaiknya ialah merujuk kepada gambar kat bawah ni..



Dia macam gambar jadi bertindan, berlapis fan warna pun tak berapa betul.

Ni boleh dikatakan masalah dengan skrin. Biasanya kena ganti skrin, tapinya harga skrin mahal sangat.. sedangkan harga skrin telefon saiz 5inci tu pun dah mahal, apatah lagi skrin tv 40inci hehe.. jadinya, satu lagi pilihan yang ada adalah kena modify skrin tu. Alhamdulillah, bolehlah nak guna tv ni daripada terbuang begitu saja.. ada beberapa kes sblm ni yang saya tolak, sebab nak modify ni kadangkala agak rumit dan makan masa sikit, jadi kalau time keje banyak macam berat je rasa nak mengoperatenya







Saturday, 27 August 2016

Sparepart Untuk Dijual

IC REGULATOR







IC MATRIX





IC














PTC


KAPASITOR





Upload ni jelah dulu buat masa ni hehe.. banyak lagi partnya ni tak terupload. Senang cite kalau ada nak cari pape part bleh wasap cek tgk ada stok ke tak ok :)

Untuk student poli, kalau nk barang pun bleh wasap, bese ada buat projek elektronik kan, amplifier dan sebagainya.. kumpul 2, 3 org bleh cek tgk berapa harga bleh dapat. Saya pun lepasan poli jugak.. sampai ke kl dlu cari barang nk jimat punya pasal. Lagipun ada barang yg takde kat kuantan.. bg senarai komponen, saya bagi harga, harga student poli special la sikit kan.. saya pikir mungkin, mungkinlah yang mana saya boleh tolong saya tolong bab2 projek ni. Maklumlah, saya pun pernah melaluinya suatu ketika dulu hehe.. okeh.. wassalam

Sparepart Untuk Dijual

IC REGULATOR







IC MATRIX





IC














PTC


KAPASITOR





Upload ni jelah dulu buat masa ni hehe.. banyak lagi partnya ni tak terupload. Senang cite kalau ada nak cari pape part bleh wasap cek tgk ada stok ke tak ok :)

Untuk student poli, kalau nk barang pun bleh wasap, bese ada buat projek elektronik kan, amplifier dan sebagainya.. kumpul 2, 3 org bleh cek tgk berapa harga bleh dapat. Saya pun lepasan poli jugak.. sampai ke kl dlu cari barang nk jimat punya pasal. Lagipun ada barang yg takde kat kuantan.. bg senarai komponen, saya bagi harga, harga student poli special la sikit kan.. saya pikir mungkin, mungkinlah yang mana saya boleh tolong saya tolong bab2 projek ni. Maklumlah, saya pun pernah melaluinya suatu ketika dulu hehe.. okeh.. wassalam