Salam..
TV ni problemnya customer kata tengah sedap-sedap tengok tiba-tiba dia off sendiri. Kekerapan dia off sendiri tu tak sekata, kadang-kadang kejap je tengok dah off kadang-kadang lama.
Jadi saya pun letak la tv ni atas meja dan test untuk tengok dengan mata kepala sendiri simptomnya. Tunggu punya tunggu dari pagi sampai petang tv tak padam-padam.. Esoknya test lagi tak padam jugak..
Hmm.. kebiasaannya kes ini ada dua kemungkinan. Kalau tv tu off sendiri dalam keadaan lampu standby menyala kemungkinan ini adalah masalah soldering dah lekang. Bila tv ni diangkut masuk dalam kereta dan travel sampai ke bengkel dia bergoyang-goyang dan soldering yang renggang tadi bertemu semula secara tak sengaja. Jadi caranya resolder semula kawasan-kawasan yang panas khususnya dan buat pemerhatian soldering yang agak-agak dah lekang. Kalau pulang balik dalam keadaan tak diresolder, kemungkinan besar bila tv pulang ke pangkuan tuannya masalah sama akan berulang.
Soldering pada setiap pin IC harus dalam keadaan baik, kalau tidak macam-macam fault pelik boleh terjadi |
Kawasan panas yang selalu timah lekang |
Selepas dah resolder, seperti biasa kena cek sekali kapasitor-kapasitor elektrolitik kalau-kalau ada yang dah lemah. Dalam kes kali ini, takde kapasitor yang nampaknya perlu diganti. Walaubagaimanapun PTC nya nampak dah uzur. So, tukar je terus.
PTC (Positive Temperature Coefficient) yang dah pecah |
Fungsi PTC ni adalah untuk menghidupkan litar degaussing, yang membersihkan layar crt daripada kesan magnet atau medan magnet.
Itu jelah. Resolder dan ganti PTC. Oh ye, soldering/ timah ni biasa jadi lekang sebab tv dah melalui proses panas sejuk secara berulang, selama bertahun-tahun. Satu lagi puncanya adalah tv terhentak sebab alih-alih kedudukan tv atau pindah rumah.
Berikut adalah komponen-komponen asas untuk chassis tv ini
IC Jungle |
IC Vertical |
Horizontal Output Transistor (High Speed) |
Flyback Transformer |
No comments:
Post a Comment