Monday, 31 March 2014

Membaiki TV Panasonic TC29FX20M :: Problem gambar bergaris-garis


Salam..

Kali ni bercerita tentang tv jenama Panasonic dengan problem gambar bergaris-garis. Owner kata masa mula on tv ok, tapi bile dah on beberapa lama gambar jadi bergaris. Lepas tu kena off kan dulu pastu on semula baru hilang garis-garis tu.

Problem macam ni tak berapa best sebab ada faktor ketaktentuan. Kalau sentiasa bergaris bila on tv lagi seronok untuk troubleshoot.





Gambar masa mula-mula on nampak ok tak bergaris walaupun kelihatan overcontrast dan warna dia terlalu pekat. Ini boleh diadjust melalui pelarasan kat menu je.. So sekarang kena on dan tunggu gambar jadi bergaris. Tunggu punya tunggu akhirnya garis pun muncul. Setelah hampir sejam. Bila offkan sekejap pastu on kan semula garis hilang. Tapi selang beberapa minit garis muncul semula.. Memungkinkan garis muncul bila tv panas. Ok. boleh mula buat bedah siasat.






Tv ni guna TDA6108JF


Bacaan masa tv dalam keadaan normal

bacaan ic pada semua pin sama pada ketika gambar bergaris. Masa ukur pin G2, gambar tetiba gelap dan terus gelap dan bacaan pada G2 0V.

off dan on kan semula gambar normal semula. Asingkan kapasitor c360, ukur G2 tak dpt bacaan dan skrin gelap tapi bila angkat probe gambar muncul semula. Try ganti kapasitor walaupun kalau sukat tak nampak macam bermasalah. Keputusannya ganti 102 2KV sama jugak. (Kapasitor ni boleh menyebabkan paparan gelap kalau rosak)

Ketiga-tiga katod terukur sekitar 130v. Normal.

pin6 215v
pin5 6v
Boleh dianggap normal.

laras variable screen pada fbt takde kesan. Ini satu clue yang besar. Tv ni guna fbt ZTFP14504A.
Tanya kedai-kedai sparepart takde stok belaka. Cek database ada nombor lain yang kemungkinan besar boleh guna iaitu BSC29 0195H.

Test guna BSC29 0195H Alhamdulillah ok menyala. Voltage pun terukur cantik, kecerahan gambar pun dah boleh dilaras.



Lepas ganti, test. Tv nampak ok setelah test beberapa jam. Semoga tv ni dapat berkhidmat lebih lama lagi.



Friday, 28 March 2014

Membaiki Blender PHILIPS :: Problem takde power



Salam..
Cerita pasal blender.. Biasanya saya tak baiki blender tapi kali ni ada pelanggan mintak tolong cek kan sebab dah alang-alang gi ambik tv kat rumah beliau.


Ada beberapa jenis kerosakan yang biasa terjadi kepada blender contohnya seperti berikut
  • Bila on nampak spark atau percikan api kat motor
  • Langsung tak berfungsi, tekan button power pun blender senyap sunyi je
  • Bila on bunyi kasar atau lain macam tak seperti biasa
  • Gigi gear yang pusingkan mata pisau dah haus
Kadang-kadang tu blender tak rosak tapi pengguna tak pasangkan jar betul-betul mengikut cara yang sepatutnya. Sebab ada blender yang ada safety switch yang mana kalau suis tu tak ditekan oleh jar, maka litar akan open dan blender tak berfungsi.

Untuk kes yang blender PHILIPS ni bila tekan dia pusing kejap je pastu berhenti. Saya harap bukan masalah motor sebab kalau nak tukar motor serupa macam tak baloi nak baiki. So cek safety switch, ok je. Cek power switch, aik.. lain macam je..




Rupanya power switch dah jem.. Jadinya ganti switch dan test, motor didapati berfungsi dengan baik..
Alhamdulillah..

Tambahan: Blender ni memang cute :)

Wednesday, 26 March 2014

TV warna jadi tak cantik

Salam.. Kali ni topik santai sikit.. mode borak-borak. Nak cite pasal TV simptom warna tak cantik. Kat bawah ni contoh gambar TV yang warnanya bancuh tak betul dengan TV yang sama yang dah dibetulkan bancuhan warnanya.




Warna asas TV ada tiga
  • merah
  • hijau
  • biru
Tiga warna ni lah yang dibancuh kepekatan masing-masing untuk mendapatkan warna-warna lain seperti kuning, ungu, putih dan semua warna-warna lain.
Warna-warna ini bersumber daripada 3 gun/katod. Jadinya bila ada satu gun bermasalah, bancuhan warna jadi kelam kabut dan warna bancuhan sebenar yang dikehendaki tidak dapat dihasilkan. Yang paling nyata ialah tak dapat nak hasilkan warna putih yang benar-benar putih.. Kalau tengok gambar kat atas sekali tu, nampak paparan ala-ala purple.

Ada beberapa sebab yang menjadi punca
  • gun tu sendiri dah lemah (tube/crt/kaca)
  • salah satu gun short kepada pin lain
  • masalah setting pada parameter warna (macam ECU kereta punya konsep)
  • gun ok tapi voltage yang sampai tidak seperti sepatutnya sebab ada komponen problem
  • soldering dah lekang (problem intermittent, kejap gambar ok bila diketuk) 
  • dan mungkin ada beberapa sebab lagi
Yang paling 'major' adalah gun dah lemah. Lemah ni makna dia tak dapat nak pancarkan elektron pada intensiti yang sepatutnya. Biasanya kebanyakan masih boleh diselamatkan dengan cara 'mengecas' semula tiub kaca (istilah kampungnya, nak nampak ganas sikit boleh guna perkataan rejuvenation).

Macam tv yang kat atas tu adalah hasil pengecasan semula. Tapi tak tentu, kadang-kadang kalau gun tu dah lemah bebenor, tak boleh buat apa jugak ataupun lepas cas tak lama lepas tu dia jadi balik. Tengok jugakla atas rezeki masing-masing kot. Tapi kebanyakannya boleh ok balik.

Satu lagi yang saya nak berkongsi adalah daripada pengalaman, model yang biasa tiubnya bermasalah adalah sony trinitron. Gun yang biasa bermasalah pada model tersebut adalah warna hijau. 

Ok. Tu jelah kot. Semoga bermanfaat. Wassalam.


Membaiki TV Sharp Model 21JN1 :: Problem gambar kabur


Salam..
Kali ini berkongsi sikit pasal TV gambar kabur. Problem ni biasa terjadi. Pada peringkat awal gambar kabur sekejap masa mula-mula on tv pastu makin lama gambar makin sharp (makin tajam/ elok/ cantik/ normal).

Selepas beberapa lama, mungkin berbulan, kekaburan tu makin teruk dan makin lama kabur terus tak molek-molek walaupun dah on lama.. Kena yang tahap kronik tu langsung gelap tak nampak apa-apa. 


Ini bukan masalah spek tak cukup power. Bukan masalah ink kena refill dan sebagainya.. Ini sebenarnya adalah masalah soketnya contact dah tak elok. Secara khususnya pin fokus. 


Yang benda putih dalam gambar kat atas tulah soketnya. Yang kapasitor-kapasitor tu seperti biasalah, alang-alang dah bukak casing TV tolong tukar jelah terus siap-siap. Okeh, dah siap ganti bolehlah testing..



Semoga TV ni dapat terus berkhidmat  :)







Sunday, 16 March 2014

Membaiki TV Toshiba BOMBA Model 29G3XE :: Problem gambar kecil melintang di tengah



Salam..

Pesakit seterusnya masalahnya adalah seperti gambar di atas. Persepsi pertama adalah ada masalah pada litar yang bertugas menarik gambar ke atas dan ke bawah..


Begitulah keadaannya kebanyakan tv setelah beberapa tahun. Banyak habuk. Selain daripada habuk tu dapat kita lihat ada kesan minyak di sekitar kapasitor.. Itu petanda kapasitor bocor. Perkara biasa apabila kapasitor dah bekerja bertahun-tahun terutamanya dalam keadaan panas. 


Telur cicak tu salah satu daripada beberapa telur cicak yang dijumpai dalam tv ni. Satu perkara yang tidak pelik biasa terjadi. Mungkin suasana hangat tv ni menarik perhatian cicak untuk berumahtangga di dalam tv. Empunya tv ni kira bernasib baik kerana jika cicak itu merayau-rayau dan terjadi litar pintas, maka masalah lebih besar mungkin akan terjadi. Dan agak tidak menarik bagi pomen kerana baunya yang sangat tidak menyenangkan.


Ok seterusnya kapasitor-kapasitor yang terlibat di ganti dan papan litar perlu dibasuh untuk membersihkan cairan kapasitor yang bocor tersebut kerana jika tidak dibasuh arus dapat mengalir melalui cairan tersebut dan mewujudkan masalah pada gambar. Kapasitor-kapasitor yang terlibat adalah seperti berikut
  • 2.2uf 50v
  • 100uf 35v
  • 220uf 35v
  • 0.47uf 50v
  • 220uf 16v
  • 470uf 16v
  • 2.2uf 200v
  • 1uf 50v
  • 47uf 25v
  • 47uf 100v

Alhamdulillah :)



Monday, 3 March 2014

Membaiki TV JVC Model AV21B16





Salam..

TV ni problemnya customer kata tengah sedap-sedap tengok tiba-tiba dia off sendiri. Kekerapan dia off sendiri tu tak sekata, kadang-kadang kejap je tengok dah off kadang-kadang lama.

Jadi saya pun letak la tv ni atas meja dan test untuk tengok dengan mata kepala sendiri simptomnya. Tunggu punya tunggu dari pagi sampai petang tv tak padam-padam.. Esoknya test lagi tak padam jugak.. 

Hmm.. kebiasaannya kes ini ada dua kemungkinan. Kalau tv tu off sendiri dalam keadaan lampu standby menyala kemungkinan ini adalah masalah soldering dah lekang. Bila tv ni diangkut masuk dalam kereta dan travel sampai ke bengkel dia bergoyang-goyang dan soldering yang renggang tadi bertemu semula secara tak sengaja. Jadi caranya resolder semula kawasan-kawasan yang panas khususnya dan buat pemerhatian soldering yang agak-agak dah lekang. Kalau pulang balik dalam keadaan tak diresolder, kemungkinan besar bila tv pulang ke pangkuan tuannya masalah sama akan berulang. 


Soldering pada setiap pin IC harus dalam keadaan baik, kalau tidak macam-macam fault pelik boleh terjadi
Kawasan panas yang selalu timah lekang





Selepas dah resolder, seperti biasa kena cek sekali kapasitor-kapasitor elektrolitik kalau-kalau ada yang dah lemah. Dalam kes kali ini, takde kapasitor yang nampaknya perlu diganti. Walaubagaimanapun PTC nya nampak dah uzur. So, tukar je terus. 

PTC (Positive Temperature Coefficient) yang dah pecah
Fungsi PTC ni adalah untuk menghidupkan litar degaussing, yang membersihkan  layar crt daripada kesan magnet atau medan magnet. 

Itu jelah. Resolder dan ganti PTC. Oh ye, soldering/ timah ni biasa jadi lekang sebab tv dah melalui proses panas sejuk secara berulang, selama bertahun-tahun. Satu lagi puncanya adalah tv terhentak sebab alih-alih kedudukan tv atau pindah rumah. 

Berikut adalah komponen-komponen asas untuk chassis tv ini

IC Jungle

IC Vertical

Horizontal Output Transistor (High Speed)

Flyback Transformer