Thursday, 20 October 2016

Membaiki TV LG Plasma Model 42PN4500ATS (Problem: no power)

Assalamualaikum.

Tv problem lampu standby menyala tapi tak boleh start.

Buffer : EAX64285201
Ysus : EAX64286001
Pbod : EAX64932801/5
Logic : EAX54703201
Mbod : EAX65071308
Zsus : EAX64753201

Untuk kes kali ni, didapati bahagian yang bertugas untuk menyalakan skrin bermasalah. Tv plasma ni kebanyakannya menggunakan kuasa yang tinggi, watt besar. Kalau kita pegang, terasa panas di casing belakag dan juga di skrin. Mungkin ada baiknya sekali sekala habuk pada casing belakang dibuang, boleh vakum supaya proses pelepasan haba lebih lancar. Lokasi tempat tv diletakkan juga kemungkinan besar memainkan peranan. Pendek kata, seeloknya tempat yang peredaran udara lancar.

Tv yang guna LED nampaknya lebih baik dari segi kurang panas dan lebih jimat tenaga. Papepun kebanyakan komponen yang bekerja biasanya akan mengalami proses 'wear n tear' cuma jangkahayat yang berbeza.





Alhamdulillah tv masih dapat diselamatkan.

Tuesday, 18 October 2016

Polisas



Buat pelajar² bidang elektronik khususnya di politeknik, belajarlah dgn serius dan bersungguh². Silibus yang dah diatur tu sangat berguna di alam pekerjaan nanti. Semua yg diajar tu berperanan, bagaikan kepingan² jigsaw puzzle.. kalau diabaikan sebahagian, akan jadi tak lengkap dan tak best.

Tak perlu hafal semua, tapi yang penting mesti mau faham. Manfaatkan kesempatan yang ada, bila tak faham jangan malu² tanya pensyarah. Masa belajar ni, tak payah beria nak berseronok lagi, tumpu belajar dulu. Banyak benda yang nak kena belajar dan faham, sabar dulu 3 tahun. Dah habis belajar nanti, dah kerja, dah ada pendapatan, time tu boleh nak buat papepun.

Bila ada satu² topik yang agak² tak berapa faham, buat kajian, pegi library, tanya lecturer, bincang dgn kawan² dan juga google. Youtube ada banyak sangat penerangan tentang elektronik.. jangan buang masa buat benda yang takde faedah, 3 tahun rasa kejap je kalau betul² tumpu untuk belajar..

Usaha keras untuk belajar dan faham, ada rezeki dapat result ok, apply sambung belajar masuk universiti pulak.. universiti satu alam yg berbeza tak seperti di politeknik, rugi kalau tak merasa.. bg student polisas, ada masa pegi masuk jalan² kat dalam UIA tu.. ambik feel.. bagi rasa ada keinginan untuk jadi mahasiswa universiti..

Kesimpulannya sebenarnya ialah ingat balik matlamat ada kat poli sekarang ni iaitu nak serap dan faham ilmu sebanyak mungkin, untuk bekalan melanjutkan pelajaran kat uni ataupun untuk alam pekerjaan.. jangan bazirkan masa dan peluang. Jangan sekadar hanya nak dapatkan segulung sijil/diploma tapi hakikatnya pelajaran asas semester pertama jika ditanya pun tak berapa nak faham, rugi je masa kita...

Rapatlah dengan kawan² yang sama² ada keazaman untuk berjaya.. buat study group.. kalau dah kemaruk nak bercinta sangat pun, seadanya jelah.. tak boleh ada pape gangguan dan distraction lain. Ingat, masa tak banyak, ada banyak subjek nak kena belajar, tutorialnya lagi, tugasannya lagi, projeknya lagi.. bersusahlah sekarang, demi senyuman dan keseronokan dalam dewan peperiksaan nanti.

Wednesday, 12 October 2016

Membaiki TV LG Plasma Model 42PT350R-TD

Assalam..

Tv ni dihantar kerana masalah dia tak boleh start. Bila on power lampu standby nya berkelip-kelip.

Tuan punya kata, masa nak on pada suatu hari itu, tetiba ada bunyi letupan kecil, sejak itu tv tak boleh start dah. Alhamdulillah board yang rosak dapat diperbaiki. Berikut catatan board yang digunakan

Buffer : EAX62081101
YSUS : EAX62080701
PBOD : EAX63329801/10
ZSUS : EAX62081002
LOGIC : EAX62117201
MBOD : EAX64103901 (0)